Kecewa prestasi Kedah, penyokong sudah pandai bersatira — ‘Sampai bila? Tuan CEO’ – Sukan

PENGORBANAN penyokong seolah-olah tidak dihargai apabila pasukan kesayangan mereka seolah-olah mempamerkan persembahan secara acuh tidak acuh dalam setiap perlawanan.

Kekecewaan itu ditunjukkan oleh penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC, apabila pasukan itu tidak menunjukkan penampilan memberangsangkan dalam beberapa episod perlawanan kebelakangan ini.

Apatah lagi, pasukan itu tidak mencatat sebarang kemenangan, sebaliknya hanya terikat seri 1-1 bersama Sabah FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Rabu.

Dalam aksi Liga Super itu, Kedah pada mulanya menunjukkan corak perlawanan yang bagus selepas Ronald Ngah Wanja meledak gol pada separuh masa pertama.

Namun, Sabah tidak duduk diam apabila berjaya menyamakan kedudukan di penghujung separuh masa kedua hasil jaringan Farhan Roslan.

Kecewa dengan keputusan itu, penyokong Hijau Kuning bertindak mempamerkan satu kain rentang menunjukkan wajah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali.

Satira itu turut disertakan dengan sedikit kenyataan berbunyi: “Sampai bila? Tuan CEO”.

Pada masa sama, ada dalam kalangan penyokong juga menunjukkan perasaan tidak puas hati, apabila memegang gambar CEO tersebut yang diubah menjadi badut.

Gambar Khamal Idris yang diubah menjadi badut. — Media sosial

Untuk rekod, kali terakhir KDA mencatat kemenangan pada 19 Julai lalu sewaktu mereka menewaskan Sarawak United dengan keputusan 3-1 dalam aksi Liga Super.

Selepas itu, KDA terus mencatat kekalahan berturut-turut dalam tiga perlawanan seterusnya, termasuk aksi separuh akhir peringkat zon Asia Tenggara Piala AFC di tangan PSM Makassar, sebelum akhirnya terikat seri pada Rabu ke atas Sabah.

Difahamkan, kemarahan penyokong itu turut berpunca daripada prestasi pengurusan semasa ketika ini.

Menerusi KPI yang dipamerkan oleh pihak pengurusan sebelum itu dalam sesi perjumpaan bersama wakil kelab penyokong KDA, ia juga dipercayai menjadi salah satu punca mereka tidak berpuas hati kepada pengurusan yang disifatkan tidak bercita-cita besar. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Tiru cara JDT, isu penyokong kasual bukan kerja FAM, MFL sahaja’ – Sukan

Next Post

Selangor tersungkur, TMJ sekali lagi tegur RMS – Sukan

Related Posts