Karam bersama Selangor FC, 2 bintang dalam pembikinan makin kini layu – Sukan


KEMEROSOTAN prestasi pasukan Selangor FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) merupakan catatan buruk dalam sejarah sukan bola sepak tanah air.

Pasukan yang pernah gah dengan gelaran juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali kini longlai dengan empat episod kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga M.

Langkah skuad Gergasi Merah di saingan Piala FA terhenti di separuh akhir setelah tewas 2-4 di tangan Terengganu FC (TFC) yang menyaksikan Ketua Jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner dilucutkan jawatan.

Dalam saingan Liga Super pula, pasukan Selangor FC terpaksa akur di kedudukan kesembilan setelah hanya mengumpul 16 mata menerusi 14 perlawanan.

Lebih menyedihkan, dua bintang dalam pembikinan yang pernah menyerlah pada suatu ketika dahulu kini turut sama karam bersama Gergasi Merah.

Danial pernah digelar bintang dalam pembikinan ketika bersama Selangor FC II. — Agensi

Salah seorang permain itu adalah Danial Asri yang pernah muncul sebagai pemain di posisi penyerang yang digeruni sewaktu bersama Selangor FC II.

Ketika itu, pemain berusia 22 tahun itu pernah menyumbang tujuh gol dalam 11 penampilannya di Liga Perdana sekali gus menjadikannya prospek masa depan buat Selangor FC.

Pada musim lalu, Danial diberi kepercayaan oleh jurulatih untuk tampil dalam 19 perlawanan bersama Selangor FC dan berjaya menyumbangkan tiga gol pada perlawanan menentang Penang FC, Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC.

Namun, entah di mana silapnya, Danial yang disenaraikan untuk turun bersama Selangor FC pada tujuh perlawanan hanya tampil dua kali bersama kesebelasan utama, manakala selebihnya sekadar memanaskan kerusi simpanan.

Shahrel hilang bisa sejak bersama pasukan Selangor — Majoriti

Sementara itu, seorang lagi pemain iaitu Shahrel Fikri pernah muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan dalam saingan Liga Super musim 2020 di mana beliau berjaya menjaringkan 10 gol.

Ketika itu, pemain berusia 27 tahun tersebut bersama pasukan Perak FC.

Setelah menyertai Selangor pada musim 2021, Shahrel hanya menyumbang satu gol secara keseluruhan walaupun turun sebanyak 10 kali dalam saingan Liga Super.

Pada musim ini, Shahrel sekali lagi hanya mampu menyumbangkan satu gol buat pasukan Selangor meskipun turun ke padang menerusi 12 perlawanan Liga M. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Syukur kekal di Liga Super, tapi kata peminat Penang ‘cukuplah, tak perlu main baki perlawanan’ – Sukan

Next Post

GBX idam mara lebih jauh menjelang aksi FIFAe Club World Cup 2023 – Sukan

Related Posts