“Kami yakin mampu beri saingan,” Nurshamil rasa Kelantan tidak perlu rendah diri

ESOK (Isnin), empat lagi perlawanan Piala Malaysia dari Kumpulan C dan D akan berlangsung untuk melengkapkan lapan aksi pertama edisi tahun ke 100 kali ini.

Antara perlawanan yang bakal mencuri perhatian adalah perhitungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan bekas juara 2012, Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Jurang kualiti di antara kedua-dua pasukan seakan cukup ketara dengan kelebihan daripada banyak aspek lebih berpihak kepada JDT terutamanya ketika beraksi di laman sendiri.

Namun pertemuan ini lebih daripada perlawanan biasa memandangkan arena bola sepak Malaysia pernah disajikan cerita menarik membabitkan perseteruan kedua-dua pasukan.

Ia menjadi perlawanan pertama kedua-dua pasukan sejak pertemuan kali terakhir pada saingan Piala Malaysia 2018.

Bagi penjaring terbanyak Kelantan, Nurshamil Abdul Ghani, tidak ada apa yang harus menjadi halangan dan pasukan berhak untuk membuktikan sesuatu pada penyertaan di Piala Malaysia kali ini.

Atas dasar itu, Nurshamil yang dinobatkan penjaring terbanyak pemain tempatan Liga Premier merasakan Kelantan tidak perlu ada sikap merendah diri.

“Apabila sudah layak ke Piala Malaysia, sudah tentu kami mahu menjadi pencabar kepada semua pasukan yang ada tidak kira JDT, PJ City atau Sabah, kami yakin mampu beri saingan.

“Pemain kena cepat sesuaikan diri dengan situasi perlawanan dan mereka juga kena tahu Piala Malaysia adalah platform terbaik buat mereka membuktikan potensi masing-masing.

“Di pentas inilah ramai akan lihat dan mungkin peluang lebih baik mampu hadir dalam karier jika boleh peraga aksi cemerlang dalam tiap perlawanan yang dilalui,” katanya.

Pada edisi kali ini, The Red Warriors diundi dalam Kumpulan D bersama JDT, PJ City dan Sabah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Bruno gagal jaring penalti, Ole salahkan penjaga gol lawan

Next Post

Bimbang kesihatan ibu, Kyrgios rancang bersara lebih awal

Related Posts