‘Kami boleh bolos banyak lagi’, Arteta ulas kekalahan memalukan Arsenal – Sukan


PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui pasukannya menerima kekalahan teruk ke atas Manchester City walaupun kekal mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurutnya, gawang The Gunners sebenarnya boleh dibolosi lebih banyak lagi dalam perlawanan berkenaan yang menyaksikan pelawat tewas 1-4 kepada Man City di Stadium Etihad, Manchester, England.

Arteta turut mengakui pasukan tuan rumah memberikan saingan sengit dan tidak dapat menandingi mereka yang berada di satu tahap lebih baik.

“Kami dikalahkan oleh lawan yang lebih hebat. Kami juga hebat tetapi hari ini kami tidak setanding mereka.

“Kami dihukum namun kami enggan berputus asa. Masih ada lima perlawanan untuk dilalui dan semuanya boleh berlaku,” katanya kepada BT Sport.

Arteta optimis Arsenal masih berpotensi untuk menjulang gelaran EPL musim ini walaupun diaibkan 1-4 oleh Man City. — Agensi

Arteta menegaskan yang skuadnya masih berpotensi untuk menjulang gelaran liga musim ini.

“Sudah pasti kami perlu mempertingkatkan semula (keyakinan) pemain terlebih dulu kerana mereka menderita malam ini.

“Kami perlu melakukan semua yang kami berikan setakat ini dengan baik dan mula menang.

“Hari yang sangat sukar terutama selepas melihat cara bagaimana kami kalah, tapi kami perlu bangkit dan melihat gambaran yang lebih besar serta fakta nyata yang kami sedang bersaing rapat dengan skuad ini (Man City), ia sangat menakjubkan.

“Kami mahu terus bersaing dan kami tidak akan menyerah,” katanya lagi.

Man City mendominasi permainan sejak dari awal sepak mula hingga tamat perlawanan menerusi dua jaringan Kevin De Bruyne.

John Stones dan Erling Haaland melengkapkan malam derita Arsenal selepas turut mencetak nama sebagai penjaring.

Haaland mengumpul gol ke-49 dalam semua kejohanan musim ini sekali gus mencipta rekod baharu EPL dengan meledak 33 jaringan dalam 38 perlawanan mengatasi pencapaian pemain Liverpool, Mohamed Salah yang menjaringkan 32 gol pada musim 2017/18. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bintang muda Selangor tak sabar gapai cita-cita bawa pulang pingat emas Sukan SEA – Sukan

Next Post

Liew Daren gantung raket demi Lee Zii Jia – Sukan

Related Posts