Kalau saya tak jaga kebajikan, pergi rumah Ikhwan Yazek tanya dia — Zamsaham – Sukan


KEMELUT dalaman membabitkan Kelantan FC menjadi antara perkara yang banyak dibincangkan kebelakangan ini dan semuanya bermula dengan tindakan pihak pengurusan yang merehatkan Choi Moon-sik.

Ejen kepada bekas ketua jurulatih berkenaan iaitu Myeongho Jeong, sebelum ini mendedahkan bahawa ada pihak pengurusan Kelantan tidak menjaga kebajikan pemain dan antaranya ialah insiden melanda pemain sayap skuad The Red Warriors (TRW), Ikhwan Yazek.

Tidak tahan dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya, pemilik Kelantan Fc, Norizam Tukiman tampil membuat kemunculan di kaca televisyen dengan menghadiri satu temu bual bersama media tempatan.

Norizam atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham menafikan tuduhan yang mendakwa pihak pengurusannya tidak menjaga kebajikan pemain dan baginya adalah tidak masuk akal untuk berbuat demikian.

“Kalau saya tak jaga kebajikan, jumpa Ikhwan Yazek tanya perbelanjaan MRI itu semua siapa bayar. Kalau saya tak jaga kebajikan, saya tak ambil tahu.

“Siapa yang hantar (Kervens) Belfort ketika mana dia cedera sampai ke hospital. siapa yang pergi bayar kos rawatan, tanyalah mereka,” katanya ketika menghadiri program bual bicara Nadi Arena.

Ikhwan ditimpa kecederaan lutut ketika aksi menentang Kuala Lumpur (KL) CIty FC aksi pada 17 Mac lalu.

Menurutnya, dakwaan berkenaan mula timbul apabila ada sesetengah pemain ingin mendapatkan rawatan lebih mahal namun ia bertentangan dengan kontrak TRW yang hanya menanggung kos sebanyak RM60,000.

“Cuma ada sebahagian pemain, dia nak rawatan yang lebih bagus sedangkan kita kelab yang biasa-biasa saja. Apa yang dia buat diluar daripda kontrak. Dalam kontrak kita, kita akan menanggung kos sebanyak RM60,000 untuk apa-apa kecederaan ditanggung.

“Tapi ada sesetengah pemain iaitu satu ke dua pemain import yang nak lebih baik tempat rawatan. Pergi tempat kos yang tiada dalam kontrak. Kami kata boleh tapi di bawah kos anda. Kami tanggung ini adalah standard.

“kalau orang kata saya tak jaga, pemain saya setiap kali perlawanan ada makanan. Tiada makanan, saya sediakan. Tiada bas, kita carikan. Kalau kata saya tak jaga, penolong saya dengan saya dah empat tahun. Coach Rezal Zambery Yahya, Coach Azli Mahmood bersama dengan saya sejak dari awal. Setakat ini okay,” tambahnya.

Selain Ikhwan, tiga bekas pemain pasukan berpangkalan Pantai Timur itu juga pernah mengalami kecederaan iaitu Jack Hindle, Nixon Guylherme dan Zubir Azmi dan mendakawa mereka juga berdepan situasi sama.

Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan lutut di bahagian meniscus ketika aksi menentang skuad Warga Kota pada 17 Mac lalu dan Ikhwan berkemungkinan terpaksa melupakan baki saingan Liga Malaysia musim ini

Kehadiran Norizam ke rumah Ikhwan sejurus menerima khabar insiden menimpa tonggak muda itu menunjukkan keprihatinannya terhadap kebajikan pemain pasukannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BAM cadang Lee Chong Wei jadi pengurus program ‘Road to Gold’ Sukan Olimpik 2024 – Sukan

Next Post

Musuh di padang, sahabat di luar, Hidalgo syok berlibur bersama bintang JDT – Sukan

Related Posts