‘Kalau pengadil tak sedia tak guna juga’, MFL ulas keputusan penggunaan VAR final Piala Malaysia – Sukan


MENYEWA sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dan melantik pengadil luar negara berkelayakan untuk mengendalikan teknologi itu pada final Piala Malaysia 2023 akan menelan perbelanjaan yang tinggi.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam ketika ditanya sama ada cadangan itu akan dipertimbangkan untuk memastikan VAR dapat dilaksanakan pada final Piala Malaysia tahun ini.

Selain menyasarkan untuk menggunakan kepakaran tempatan, Stuart berkata, MFL perlu berbelanja secara berhemah dalam pelaksanaan penggunaan VAR untuk Liga Malaysia (Liga-M).

“Kekangan utama sentiasa mengenai bajet dan sumber yang terhad, jadi kami perlu berhemah dalam berbelanja. Saya percaya ketika kali pertama VAR dilaksanakan pada final Piala AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) 2022 di Bukit Jalil (Stadium Nasional), ia sekali pun tidak digunakan.

“Saya percaya AFC belanja lebih ratus ribu hanya untuk sewa dan pasang VAR di Bukit Jalil. Jadi kami perlu berhemah untuk pastikan pelaksanaannya dilakukan dengan betul supaya tiada kesilapan berlaku,” katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Jumaat.

Cadangan menyewa VAR dan melantik pengadil luar timbul selepas Stuart sebelum ini berkata, VAR belum pasti digunakan pada final Piala Malaysia 2023 disebabkan beberapa perkara, antaranya aspek infrastruktur, capaian internet dan ketersediaan pengadil tempatan.

Sementara itu, Stuart berkata, keputusan sama ada VAR bakal digunakan pada final Piala Malaysia 2023 akan diketahui selepas kursus VAR melibatkan barisan pengadil tempatan berakhir Disember ini.

“Kalau MFL sediakan infrastruktur tapi pengadil belum sedia tak guna juga, kalau pengadil sedia dan infrastruktur tak sedia tak guna juga, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu selepas kursus habis untuk adakan perbincangan bagi menyediakan garis masa yang sesuai,” katanya.

Terdahulu, Stuart bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman meninjau sesi latihan fasa kedua VAR yang disertai 40 pengadil tempatan bersama 14 ‘replay operator’ (RO) pada Jumaat.

“Bagi pihak FAM kami cuma menyiapkan pengadil. Pengadil kami terdiri daripada 20 pengadil, 20 penolong pengadil dan 14 RO, kesemua mereka akan menjalani tiga fasa kursus dan sekarang fasa yang kedua.

“Fasa ketiga pada November dan Disember ini dan selepas itu lengkaplah kursus VAR, kemudian kita tunggu penilaian FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) terhadap barisan pengadil yang kita cadang dibuat pada Mac tahun depan,” kata Noor Azman. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Berang tak dapat skor, Messi lepas geram tepis bek tengah 23 tahun – Sukan

Next Post

Cabaran dan debaran 3 lawan menanti Sabah FC dalam saingan Piala AFC – Sukan

Related Posts