Kalah bukan lagi pilihan atau ujian — Daud Bakar – Sukan


PEMILIK Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menitipkan pesanan dan kata-kata semangat kepada pemain Sang Kenari menjelang aksi bertemu Kuching City FC pada Jumaat.

Pemilik saham majoriti KDA FC itu berkata, Sang Kenari kendalian Nafuzi Zain perlu menetapkan visi ‘menang’ bermula sekarang selepas melalui perjalanan kurang konsisten dalam lima perlawanan pertama.

“Visi Sang Kenari bermula hari ini adalah ‘menang’. Dah banyak ups and downs Sang Kenari dah lalui. Kalah bukan lagi pilihan atau ujian.

“Misi menang setiap perlawanan, insya-ALLAH perlu ditanam setiap kali turun ke padang perlawanan. Berjuanglah sejiwa murni,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi KDA FC.

Daud turut mengajak penyokong Hijau Kuning memenuhkan stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan KDA FC.

“Jom kita ramai-ramai turun ke stadium juga memberi sokongan kepada Sang Kenari.

“Kalau tak boleh, berilah sokongan dalam apa saja bentuk. Jangan lupa berdoa kepada ALLAH yang maha berkuasa kepada atas segala sesuatu. Usaha dan doa tidak terpisah jua,” katanya.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke stadium kerana berada di luar negara ketika ini.

“Saya baru sahaja sampai dari Dubai, Emiriah Arab Saudi dan Doha, Qatar. Saya menyusun jari sepuluh memohon maaf sebab tak dapat hadir malam ini di Stadium Darul Aman.

“Saya akan sentiasa bersama anda semua – pemain dan penyokong Sang Kenari – dalam ingatan dan harapan. Kedah Menang!,” katanya.

Ketika ini, KDA FC mengumpul sembilan mata selepas mengharungi empat perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pertahanan kental Liverpool tak tersenarai wakili England menjelang Euro 2024 – Sukan

Next Post

[VIDEO] Lega lepasi tekanan awal, Steffi akui puas MBSJ ke pentas akhir – Sukan

Related Posts