Jutawan British sertai bidaan Chelsea saat akhir, tawar angka tertinggi

SELEPAS pemilik Chelsea Roman Abramovich mengumumkan penjualan kelab bola sepak ternama itu, puluhan jutawan dari beberapa negara telah menyertai sesi bidaan.

Tidak ketinggalan Jutawan British Jim Ratcliffe yang turut menyertai bidaan untuk menjadi pemilik baharu Chelsea.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Abramovich berlanjutan, Xavier Simons bakal tinggalkan Chelsea

Bidaan yang dibuat saat akhir itu dilakukan selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan pengerusi kelab Bruce Buck pada Khamis.

Ratcliffe juga dipercayai membuat tawaran tertinggi berbanding beberapa individu lain.

Terdahulu, beliau memaklumkan, bidaan tersebut disertai pada 29 April.

“Hanya kami yang mewakili warga Britain.

“Tujuan kami hanyalah membina sebuah kelab terbaik di London dan tiada motif lain. Keuntungan kami dijana dengan cara lain,” jelasnya. – Metro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Yoodo Alliance-4Rivals muncul juara Liga PUBG Mobile Pro, bawa pulang RM653,000

Next Post

Messi alami masalah akibat Long Covid, akui beraksi terlalu cepat

Related Posts