Jumpa TCH cuma kebetulan, masa depan Yusri Che Lah belum ditentukan — Bobie Farid – Sukan


MASA depan pengendali Perak FC, Yusri Che Lah masih belum ditentukan berikutan masih terdapat dua baki perlawanan yang perlu dihadapi pasukan ini dalam saingan Liga Perdana.

Ketua Pegawai Eksekutif The Bos Gaurus (TBG), Bobie Farid Samsudin berkata, meskipun terdapat khabar angin untuk menggantikan pengendali itu, satu kata putus masih belum dikeluarkan pihaknya mahupun daripada pengurusan kelab itu.

“Masa depan Yusri Che Lah masih belum ditentukan kerana fokus dan tumpuan kami adalah untuk menamatkan musim ini terlebih dahulu,” katanya kepada Majoriti.

Jelasnya, meskipun dua perlawanan ini tidak memberi sebarang kesan kepada musim pasukan itu, dia tidak melihat sebab untuk pemain dan staf kejurulatihan untuk berputih mata.

Perak FC ketika ini berada di kedudukan kesembilan dalam saingan Liga Perdana berikutan persembahan yang tidak terurus di atas padang selain pemotongan sembilan mata yang dikenakan terhadap mereka pada awal musim.

Berikutan prestasi itu, segelintir penyokong mendesak agar ketua jurulatih mereka mengundurkan diri secara terhormat dalam usaha menambah baik prestasi dan kemampuan mereka pada musim depan.

Antara nama-nama yang disebut bagi menggantikan ketua jurulatih itu adalah bekas pengendali Kedah FA, Tan Cheng Hoe yang masih tidak terikat dengan mana-mana kelab dalam saingan Liga Malaysia.

Perkara ini dikuatkan lagi apabila satu swafoto berlegar di media sosial yang memaparkan CEO Perak FC dan Cheng Hoe seperti sedang melakukan satu perbincangan baru-baru ini.

Namun, Bobie sekali lagi menafikan perkara itu apabila dia hanya mampu berkata, perjumpaan antara kedua-dua pihak itu adalah satu kebetulan.

Swafoto memaparkan Tan Cheng Hoe dan Bobie Farid dalam satu perbincangan — Media sosial

“Perjumpaan saya dengan Cheng Hoe cuma satu kebetulan, tiada perkara lanjut yang kami bincangkan untuk menjadi ketua jurulatih Perak FC musim depan,” katanya lagi.

Selepas ini, Perak FC bakal berkunjung ke Stadium UiTM, Shah Alam berdepan UiTM FC pada 3 September dalam usaha mencari kemenangan keenam mereka buat saingan Liga Perdana musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jurulatih fikir kemudian, Felda United perlu fokus 2 perkara penting sebelum ‘comeback’, nasihat Jamal Nasir – Sukan

Next Post

Hatrik Bergson kecewakan MU, rugi jika JDT lepaskan musim depan – Sukan

Related Posts