‘Judge before you critique’, Lord Paula respons lepas didakwa ‘mengamuk’ tersisih sesi pramusim di Dubai – Sukan


SELEPAS timbulnya spekulasi mengenai masa depannya bersama kelab Johor Darul Takzim (JDT), Guilherme de Paula pantas menepis perkhabaran yang tersebar dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan itu.

Ura-ura itu sebelum ini timpul apabila pemain berusia 37 tahun itu dilihat tidak bersama skuad Harimau Selatan yang ketika ini sedang mengadakan sesi latihan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mungkin menyedari perkara itu semakin hangat diperkatakan, de Paula seakan-akan menghantar mesej tersirat menerusi akaun Instagram peribadinya pada Sabtu malam.

Hantaran InstaStory yang dibuat menerusi perkongsian semula sebuah video pendek itu difahamkan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, namun mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat melakukan andaian.

“Sebelum anda menilai, sebelum anda mengkritik, sebelum anda melakukan andaian mengenai hidup seseorang, ingatlah bahawa anda cuma mengetahui apa yang anda ketahui,” kata video tersebut.

Hantaran InstaStory de Paula seakan-akan mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

De Paula sebelum ini dikhabarkan tidak akan bersama skuad senior Harimau Selatan selepas kemampuan dan sentuhannya di hadapan pintu gol semakin terjejas dengan usianya.

Selain itu, terdapat juga beberapa laporan yang menyebut bahawa dia akan diletakkan bersama pasukan simpanan JDT untuk berentap di samping pemain berusia bawah 23 tahun (B-23). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

CEO KL City dedah 2 sebab pilih Perak sertai Piala Menteri Wilayah Persekutuan – Sukan

Next Post

‘Team kita lemah sangat’, Teong Kim suka dalam duka hadam kekalahan Perak FC – Sukan

Related Posts