Jordi beri bayangan JDT turun dengan kekuatan sebenar berdepan anak buah Aidil Sharin – Sukan


MESKIPUN masih terdapat tiga perlawanan berbaki, prestasi menakjubkan Johor Darul Takzim (JDT) musim ini sudah cukup untuk mengesahkan mereka sebagai juara Liga Super.

22 kemenangan dan hanya satu keputusan seri menyaksikan mereka kini memiliki 67 mata yang mana jauh meninggalkan pencabar terdekat, Selangor FC.

Bagaimanapun, pengendali pasukan, Esteban Solari pastinya tidak mahu mensia-siakan rekod cemerlang dalam liga dengan mereka berada dalam landasan terbaik untuk memecahkan rekod mata tertinggi semusim.

Jadi, aksi selepas ini pastinya menjadi sasaran mereka apabila skuad Harimau Selatan bakal menerima kunjungan pasukan kedua tercorot Liga Super, Kuching City FC.

Skuad The Cats menempa tempat dalam pentas akhir MFL Challenge Cup. — Facebook/Kuching City FC

Meskipun skuad The Cats tidak berada dalam situasi terbaik ketika ini, kehadiran Aidil Sharin Sahak sebagai pengendali pasukan banyak mengubah keadaan mereka.

Ia termasuk kejayaan jurulatih kelahiran Singapura itu untuk membawa kelab Borneo terbabit ke perlawanan akhir MFL Challenge Cup dengan menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kelantan United.

Jadi, situasi terbabit pastinya memaksa Solari untuk menurunkan kesebelasan utama terbaik meskipun mereka akan beraksi dalam Liga Juara-juara AFC (ACL) pada 28 November.

Perasaan itu bagaimanapun tidak memberi tekanan buat JDT dengan kapten pasukan, Jordi Amat menegaskan tiada istilah ‘simpan kuku’ untuk juara Liga Super tersebut.

Solari perlu membuat keputusan untuk mencari kesebelasan utama terbaik JDT. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

“Berdepan Perak FC sebelum ini cukup baik buat kami kerana sudah lama tidak beraksi di laman sendiri. Ia menghadirkan semangat yang positif dalam pasukan dan kami mahu meneruskannya dalam perlawanan berikutnya.

“Kami perlu menikmati perlawanan dan melihat kesilapan yang dilakukan dalam perlawanan terdahulu sekaligus memperbaikinya untuk memastikan permainan yang lebih baik,” katanya kepada Astro Arena.

Skuad Harimau Selatan bakal berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Sukan Todoroki, Jepun dalam perlawanan keempat dalam peringkat kumpulan.

Mereka kini berada di tangga ketiga Kumpulan D dengan kemenangan mampu menyaksikan mereka melonjak ke tangga kedua milik pasukan Korea Selatan, Ulsan Hyundai. — Astro Arena

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Saddil selamba ‘psiko’ pemain Filipina selepas jaringkan gol penting buat Indonesia – Sukan

Next Post

[VIDEO] Trik licik jurulatih Uzbekistan padam hasrat England ke suku Piala Dunia B-17 – Sukan

Related Posts