Jonathan Herrera kembali, 3 bintang bakal terpinggir atau disingkir JDT – Sukan


SATU per satu kejayaan yang diraih Johor Darul Takzim (JDT) pada tahun ini membuktikan penguasaan mereka dalam saingan bola sepak tempatan seolah-olah sukar lagi dicabar.

Ketika beberapa pasukan lain sedang rancak merancang persediaan pasukan untuk musim depan, Harimau Selatan nampak lebih tenang.

Namun, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada memaklumkan yang mereka akan menandatangani beberapa pemain luar negara untuk memperkuatkan barisan pemain musim depan.

Apa yang mungkin ramai sudah lupa ialah kehadiran pemain dari Argentina, Jonathan Herrera yang sebelum ini dipinjamkan dari JDT ke kelab di liga divisyen 1 Argentina, Atletico Patronato.

Berusia 31 tahun, status pinjaman Herrera bakal tamat tahun ini dan dia akan kembali ke JDT untuk musim depan.

Beraksi di Atletico Patronato, pemain di posisi penyerang itu nampak menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan lima gol dan empat bantuan gol (assist) dalam 34 perlawanan.

Jika Herrera kembali ke JDT, pastinya persaingan di bahagian serangan semakin sengit dan siapa agaknya pemain yang bakal tersingkir atau dipinggirkan daripada pasukan?

Guilherme De Paula

De Paula sebelum ini mendapat kritikan daripada peminat bola sepak tempatan susulan aksinya yang sangat hambar ketika bersama skuad kebangsaan.

Selain itu, De Paula hanya beraksi untuk lima perlawanan sahaja bersama JDT iaitu tiga aksi dalam Liga Super dan dua (Liga Kejuaraan AFC) pada 2021.

Minit permainan yang dimiliknya bersama JDT juga hanya 35 minit. Selebihnya, De Paula hanya duduk di bangku simpanan.

Hazwan Bakri

Pemain yang berasal dari Labuan ini bakal tamat kontrak pada penghujung tahun ini.

Bersama JDT, Hazwan tidak mencatatkan banyak aksi disebabkan kecederaan yang dialami. Untuk tahun ini, pemain itu hanya mencatatkan 281 minit aksi permainan.

Aksi bersama Harimau Selatan pula sepanjang musim adalah tujuh kali iaitu Liga Super (4), Liga Kejuaraan AFC (2) dan Piala FA (1).

Namun, aksi Hazwan mendapat pujian sebelum ini ketika diberi peluang untuk beraksi bersama pasukan semasa Bergson mengalami kecederaan.

Bergson Da Silva

Walaupun Bergson mempamerkan aksi yang cukup cemerlang bersama JDT, berkemungkinan juga namanya boleh disisihkan apatah lagi kontraknya tamat hujung tahun ini.

Bersama JDT musim ini, Bergson mencatatkan 2,215 minit aksi perlawanan dan berjaya menjaringkan 35 gol keseluruhan untuk Harimau Selatan.

Namun, Bergson menyinar dalam liga tempatan manakala Herrera pula menampilkan aksi cemerlang di Liga Argentina, yang mana kualiti pemain di sana sangat berbeza dan jauh lebih baik.

Faktor kos mungkin akan menjadi sebab mengapa JDT mungkin melepaskan Bergson bagi saingan musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gambar Aidil Sharin ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tersebar, isyarat bakal kendali Harimau Kumbang – Sukan

Next Post

Senarai pemain baharu Kedah mula berlegar, 2 nama bintang sudah diduga – Sukan

Related Posts