Joe Ee bangkit tebus kekecewaan, hadiah emas ke-5 buat negara – Sukan

GIMRAMA negara, Ng Joe Ee, menebus kekecewaan acara keseluruhan dengan memperoleh pingat emas bagi acara bola saingan Sukan Komanwel Birmingham, pada Sabtu.

Selepas menamatkan saingan di tempat kelima di belakang rakan senegaranya, Izzah Amzan, dalam acara keseluruhan semalam, Joe Ee sekali lagi kembali ke Arena Birmingham, England.

27.700 mata yang dilakukan pada Jumaat bagi apparatus bola diperbaiki ketika tampil dalam acara hari ini dengan memperbaiki pungutan mata sebanyak 29.700 mata sekaligus mengetepikan pencabar terdekat dari Kanada, Suzanna Shahbazian yang akur dengan pingat perak (29.050 mata) sementara Anna Sofolova memperoleh gangsa (28.800 mata).

Pingat emas yang diperoleh Joe Ee sekali gus menepati sasaran yang ditetapkan bagi acara gimrama dan menjadi pingat emas yang kelima buat kontinjen negara. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Mata dipintas saat akhir, ratu gimrama negara Izzah Amzan kecewa hanya raih gangsa – Sukan

Next Post

‘Jangan kacau Nafuzi, biar dia maintain di TFC’ – Sukan

Related Posts