Jika saya Liverpool, saya akan beli Sterling esok – Ferdinand

RIO Ferdinand menyarankan Liverpool dan Manchester United supaya mempertimbangkan pemain Manchester City, Raheem Sterling sebagai pemain tambahan baharu untuk pasukan mereka.

Bekas kapten Machester United itu berkata demikian susulan layanan City terhadap Sterling sejak musim perlawanan bermula.

Menurut Ferdinand, pemain berusia 26 tahun itu baru memulakan dua perlawanan musim ini menentang Tottenham dan Southampton di mana prestasi City semakin merosot.

“Saya tidak faham dengan percaturan Pep Guardiola terhadap Sterling dan berpendapat Liverpool dan United harus memantau situasi tersebut.

“Sterling juga seperti sudah hilang keyakinan diri kerana sering dikeluarkan dari bawa keluar dari pasukan,” katanya.

Tambahnya, Sterling merupakan pemain yang tepat ketika City memerlukan gol namun, kenapa sekarang dia tidak diutamakan.

Jelasnya lagi, dia bingung dengan keadaan yang menimpa bekas pemain Liverpool itu dan mengatakan jika dia mempunyai kelab sendiri, Sterling adalah pemain pilihannya.

“Sekiranya saya Liverpool, saya akan membeli Sterling esok.

“Jika saya adalah Sterling, saya tidak akan pergi ke Barcelona atau Real Madrid sekarang, itu sebabnya saya katakan Liverpool dan Manchester United perlu menyelamatkan dia,” ujarnya.

Sterling kini memasuki musim ketujuh bersama City, tetapi hanya bemain untuk masa permainan biasa setelah kemunculan Phil Foden dan bintang baharu Jack Grealish.

Walaupun menjaringkan tiga gol di Euro 2020 dan menjadi pemain biasa dalam pasukan England di bawah Gareth Southgate, Sterling dilihat tidak diutamakan oleh pasukannya.

Sterling mempunyai baki dua tahun lagi kontrak bersama City dan dilaporkan mahu keluar dari Etihad.

Barcelona antara kelab yang dikhabarkan berminat dengan pemain sayap itu, walaupun menghadapi masalah kewangan yang menyaksikan mereka kehilangan Lionel Messi musim panas ini.

Pemain antarabangsa England itu hanya menjaringkan satu gol pada musim ini yang menyumbang kemenangan kemenangan 5-0 City ke atas Norwich City bulan lalu. — Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Schumacher sifatkan Hamilton terlalu berdrama

Next Post

Emma Raducanu wajah baharu Tiffany & Co

Related Posts