Jika menang tapi ‘gameplay’ teruk tak okey juga — Teong Kim – Sukan


TIDAK seperti pasukan Liga Super yang lain, Perak FC mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan bakat-bakat pemain muda berbanding import dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Pembaharuan yang dilakukan skuad The Bos Gaurus (TBG) itu dilihat boleh menjadi ancaman kepada mereka sendiri berikutan rata-rata kelab Liga M rancak dalam memborong tonggak import bagi merebut kejuaraan musim ini.

Pengendali Perak FC musim 2023, Datuk Lim Teong Kim bagaimanapun menegaskan bahawa jika bukan skuad TBG yang menggunakan bakat ubi muda berkemungkinan semua prospek tanah air tidak akan mendapat peluang untuk kekal menjadi pemain bola sepak profesional.

“Saya bukan lihat bola sepak setakat bola sepak. Tapi ia masa depan pemain muda, jika kelab ambil import, tiada peluang untuk mereka.

“Macam mana nak maju. England masalah, semua masalah sendiri pada masa akan datang. Ia bukan Malaysia tapi luar negara juga. Kepentingan saya keseluruhan, bukan hanya menang dan seri,” katanya ketika ditemui pada sidang media Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada Jumaat di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Teong Kim ketika ditemui sewaktu sidang media Piala Menteri Wilayah Persekutuan pada Jumaat di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. — Facebook/KLCityFC

Tambahnya, pendedahan untuk bermain di liga utama adalah penting kepada pemain muda sebagai platform untuk mendidik dan semestinya ia bukan proses yang singkat.

Malah, pengendali berusia 59 tahun itu juga memberitahu bahawa beliau amat menitik beratkan peningkatan persembahan dari setiap pemain skuad TBG.

Dalam pada itu, Teong Kim juga mengulas bahawa bola sepak profesional adalah bukan memandang kepada kemenangan sahaja tetapi untuk memberikan persembahan terbaik buat penyokong.

“Penyokong nak lihat satu persembahan yang baik. Walaupun menang tapi corak permainan gameplay teruk. Winning is good but for me i want to win but i wanna see good fooball for my players,” tegasnya.

Selepas perlawanan menentang tiga pasukan iaitu UiTM FC, ATM dan juga Penang FC bagi perlawanan persahabatan pramusim, Perak FC akan bertandang ke venue tuan rumah skuad Kuala Lumpur (KL) City FC bagi perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kedutaan Malaysia di Bahrain raikan kejayaan negara di Majlis FIFA – Sukan

Next Post

Tomiyasu akui benci sikap rakan sepasukan ketika latihan – Sukan

Related Posts