‘Jika ada tersinggung, selamat hari raya’, lantang bersuara, TMJ mohon maaf andai ada fans yang ‘sentap’ – Sukan


BERSEMPENA sambutan 1 Syawal pada Sabtu, Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memohon maaf zahir dan batin buat mana-mana peminat bola sepak tempatan seandainya beliau ada tersinggung perasaan mereka.

Menurut laporan Stadium Astro, TMJ juga mengharapkan agar kesemua peminat bola sepak tempatan dapat terus memberikan sokongan kerana arena bola sepak negara sedang berada di landasan yang tepat untuk mengorak kemajuan dari semasa ke semasa.

Dalam satu temubual eksklusif bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, TMJ berkata: “Yang pertama sekali, saya tahu saya lantang bersuara, jika saya ada secara tidak sengaja tersinggung hati mana-mana peminat, saya menyampaikan selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

“Teruskan memberikan sokongan kepada bola sepak tanah air kerana kita sedang berada di landasan yang betul ketika ini.

“Kalau kita lihat pasukan kebangsaan kita, liga yang semakin menarik dan rancak, teruskan sokongan tersebut kerana kita sedang berada di landasan yang betul untuk menjadi lebih maju.

“Saya dapat lihat banyak kemajuan dan saya berharap akan ada lebih banyak kemajuan pada masa akan datang,” kata Tunku Ismail.

Ditanya mengenai cuti raya yang diberikan JDT buat barisan pemainnya, TMJ berkata: “Selalunya kami memberikan cuti empat ke lima hari untuk mereka pulang ke kampung dan membuat persiapan bersama keluarga masing-masing.

“Tetapi buat pemain import yang berada di sini, saya selalunya menjemput mereka untuk ke rumah saya.

“Buat pemain tempatan, yang mana ada di Johor, saya akan menjemput mereka tetapi buat yang tiada di Johor, mereka berada bersama keluarga masing-masing,” tambah TMJ. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Memori beraya bersama Baddrol, digelar gila dan diugut bunuh antara ‘harga kesetiaan’ Puaka Jerai bersama Sang Kenari – Sukan

Next Post

Man U pasukan berbeza berdepan Brighton — ten Hag – Sukan

Related Posts