Jet peribadi ‘standby’ terbangkan Tuchel ke Piala Dunia Kelab

CHELSEA bersiap sedia dengan jet peribadi untuk ‘menerbangkan’ Thomas Tuchel ke Piala Dunia Kelab sekiranya dia didapati negatif Covid-19.

Tuchel perlu memberikan dua keputusan negatif bagi membolehkannya terbang ke Abu Dhabi untuk bersama-sama skuadnya.

Chelsea bersedia untuk menerbangkan Tuchel pada pagi Sabtu – hanya beberapa jam sebelum perlawanan akhir menentang juara Amerika Selatan, Palmeiras.

The Blues telah beraksi tanpa Tuchel sejak minggu lalu selepas pengendali dari Jerman itu disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lepas.

Namun Tuchel berminat untuk membuat penampilan perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menentang Palmeiras, dan bersedia untuk membuat perjalanan dalam masa yang singkat. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan hanya Kurt Zouma, 5 bintang sukan turut kejam terhadap haiwan

Next Post

Lagu BEATz Penuh Kuasa dilancarkan untuk permainan Free Fire, mod baharu pun menarik

Related Posts