Jersi baharu JDT ‘tercalon’ Top 20 kit terburuk Februari 2023 – Sukan


JERSI utama kelab gergasi negara, Johor Darul Takzim (JDT) yang baru dilancarkan pada 18 Februari lalu disenaraikan sebagai antara kit pilihan bagi rekaan terburuk pada Februari 2023.

Pencalonan dilakukan Footy Headlines, sebuah portal yang mengulas mengenai jenama dan kit bola sepak di peringkat antarabangsa itu menyenaraikan 20 jersi terburuk diperkenalkan pada bulan lalu.

Antara turut tersenarai ialah jersi utama Toronto FC; jersi edisi khas, RB Leipzig; jersi ketiga Urawa Red Diamonds dan jersi utama SC Internacional.

Footy Headlines mula membuka undian bagi pemilihan jersi dengan rekaan terburuk itu pada Sabtu.

Bagaimanapun, portal tersebut tidak menjelaskan mengenai sebarang kriteria atau garis panduan digunakan bagi pencalonan tersebut.

Sebelum ini, jersi utama JDT berjenama Nike itu yang menampilkan rekaan warna biru dan bercorak seakan-akan celorang merah diperkenalkan menerusi satu video.

Reka bentuk jersi baharu JDT menerima tumpuan ramai pihak. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun begitu, terdapat segelintir penyokong mempersoalkan pemilihan reka bentuk dan warna yang disifatkan sebagai tidak begitu menarik berbanding pasukan lain.

Memberikan reaksi terhadap rungutan tersebut, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim berpandangan bahawa isu berkaitan jersi bukanlah keutamaan skuad Harimau Selatan.

Katanya, sebagai sebuah kelab, fokus JDT tidak hanya tertumpu kepada penjualan jersi tetapi juga aspek lain seperti pembangunan infrastruktur sukan tercanggih dan berteknologi serta prestas pasukan dalam padang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Terlalu bersemangat buru gol punca Sang Kenari tewas, aksi jadi tak teratur’ – Sukan

Next Post

Man United optimis layan ujian Liverpool, laung ten Hag – Sukan

Related Posts