Jepun, Korea Selatan pilihan Razman Roslan uji Harimau Malaya – Sukan


“KALAU boleh, jumpa Jepun atau Korea Selatan.”

Itulah pandangan bekas pertahanan negara, Razman Roslan yang mengharapkan pasukan lebih kuat sebagai lawan buat Harimau Malaya untuk persiapan ke Piala Asia 2023.

Anggota skuad Piala AFF 2010 itu percaya pertemuan menentang pasukan yang berada di ranking jauh lebih tinggi mampu menguji kemampuan sebenar anak buah Kim Pan-gon untuk mengharungi misi sukar di Qatar nanti, lapor Stadium Astro.

Sebelum ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan sudah mengatur dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 dalam kalendar FIFA Jun nanti.

Ia membabitkan pertemuan menentang Kepulauan Solomon yang kini menghuni ranking ke-136 dunia dan Yaman di ranking ke-154 dunia.

“Saya mengharapkan pasukan yang di ranking lebih tinggi sebagai persiapan yang lebih baik seperti Jepun atau Korea Selatan.

“Namun pihak FAM telah mengatur aksi persahabatan berdepan lawan yang berada di ranking lebih bawah, saya mahu melihat corak permainan yang lebih memihak Malaysia, mendominasi permainan serta menguji corak serangan sebagai satu simulasi yang baik menghadapi Piala Asia nanti.

“Saya bagaimanapun tetap melihat aksi persahabatan yang telah ditetapkan baik untuk pasukan negara. Bertemu lawan seperti Kepulauan Solomon serta Yaman ini akan menguji tahap fizikal pasukan dan ia amat bagus untuk pasukan negara,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Apek tak kisah bukan pilihan utama The Rhinos – Sukan

Next Post

Caion adalah cabaran buat kami — Brendan Gan – Sukan

Related Posts