JDT|GBX Esports terus harumkan nama Malaysia, puji fasiliti JDT bantu layak ke FIFAe Club World Cup 2023 – Sukan


SEJARAH tercipta pada Jumaat apabila pasukan dari Malaysia, JDT|GBX Esports berjaya melayakkan diri ke kejohanan FIFAe Club World Cup 2023 buat kali kedua berturut-turut.

Malah JDT|GBX Esports dengan kerjasama Gamesbond menjadi hos bagi pusingan kelayakkan kali ini yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, pada Jumaat.

Maklumat lokasi FIFAe Club World Cup 2023 masih belum diketahui namun edisi sebelum ini berlangsung di Copenhagen, Denmark.

Pasukan JDT|GBX Esports yang dianggotai oleh AkmalJHD, Chamack dan Halowake berjaya menempah slot ke FIFAe Club World Cup 2023 selepas melayakkan diri ke pusingan ‘Grand Final’ bersama satu lagi pasukan dari Singapura iaitu Team Flash.

Pasukan lawan dianggotai oleh Amraan, Buzzinho dan Kun berjaya menewaskan JDT|GBX Esports dengan keputusan 4-3 di pusingan ‘Grand Final’ FIFAe Club Series Asia Playoff.

Walaupun tewas ia tidak menggugat kedudukan JDT|GBX Esports untuk menempah tiket ke kejohanan FIFAe Club World Cup 2023.

Kejohanan kelayakkan FIFAe Club World Cup 2023 ini bermula pada Disember 2022 dan disertai lebih 100 pasukan terbaik seluruh Asia.

Perlawanan akhir kelayakkan FIFAe Club World Cup 2023.

Pengasas Gamesbond, Suki Lee berkata, mereka sangat gembira apabila dapat menganjurkan pusingan kelayakkan terakhir FIFAe Club World Cup 2023 dan sekali gus memberikan satu kelebihan buat JDT|GBX Esports.

“Semestinya kami teruja dan amat berbangga kerana JDT|GBX dan Gamesbond menjadi satu-satunya tuan rumah yang mengadakan kejohanan ini untuk musim 2023.

“Kami menganggap bermain di laman sendiri akan memberikan kelebihan bagi pasukan kami dan semestinya kelebihan ini kami gunakan untuk melayakkan diri ke FIFAe Club World Cup 2023,” katanya pada Majoriti.

Keputusan kelayakkan FIFAe Club World Cup 2023.

Berkongsi tentang cabaran untuk menganjurkan FIFAe Club World Cup 2023, Suki berkata, ujian utama adalah untuk memastikan semuanya berjalan dengan sangat lancar.

“Cabaran utama adalah untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar kerana kejohanan ini turut melibatkan penglibatan pemain dari luar negara dan juga sambungan secara online.

“Jadi, pelbagai faktor perlu diambil kira untuk memastikan kelancaran perjalanan kejohanan ini.

“Fasiliti di Stadium Sultan Ibrahim sangat membantu dan memudahkan lagi pengurusan kejohanan yang dianjurkan pada kali ini,” tambahnya.

JDT|GBX berjaya mewakili zon Asia layak ke FIFAe Club World Cup 2023.

Suki sempat berkongsi pasukan yang memberi tentangan hebat kepada JDT|GBX dan harapannya untuk kejohanan kali ini.

“Sudah semestinya pasukan Flash dari Singapura bakal beri tentangan yang hebat kerana mereka memiliki barisan pemain yang kuat untuk musim ini.

“Kami berharap kami dapat memberikan pengalaman yang terbaik untuk semua pemain dan paling utama, memberikan saingan yang terbaik untuk semua.

“Kami juga berharap untuk pergi lebih jauh mewakili zon Asia ke kejohanan Piala Dunia ini,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Piala FA: Pengendali TRW kekal tenang hadapi Sang Penyu di Gong Badak – Sukan

Next Post

Pelatih AMD meninggal dunia kemalangan jalan raya – Sukan

Related Posts