JDT: TMJ umum undur diri

PEMILIK pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan mengejut untuk meninggalkan kelab itu.

ARTIKEL BERKAITAN: JDT Semakin Dikenali Dunia – TMJ

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ Kini Pemilik JDT

Pengumuman tersebut dibuat menerusi laman Facebook rasmi kelab itu, Johor Southern Tigers, pada petang Khamis.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” kata Tunku Ismail di Facebook.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan keputusan tersebut, dan pada masa sama turut memberikan kata-kata semangat.

“Berita ini adalah paling sedih bagi penyokong JDT. Apapun tuanku terima kasih. Cubit paha kanan paha kiri tetap terasa.”

“InsyAllah TMJ tahu apa yg dilakukan. TMJ yakin dgn pengurusan tertinggi”

“Kedudukan kelab dah kukuh dan berada dalam prestasi terbaik. Pengurusan pun tip top. Rasanya TMJ buat keputusan yg terbaik. Didoakan semoga kelab JDT terus maju jaya!” demikian antara komen-komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Georgina tayang foto dalam jet peribadi mewah, tulis ayat romantis untuk Ronaldo

Next Post

Kelab Afrika Selatan ‘digantung’ seumur hidup kerana jaringkan 41 gol sendiri

Related Posts