JDT jadi ‘buku panduan’ 3 kelab musim depan – Sukan


SEJAK 2014, cengkaman Johor Darul Takzim dalam arena bola sepak negara sememangnya sukar untuk ditandingi denga kejayaan demi kejayaan berjaya diraih.

Kelab berada di bawah pemilikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim jarang mengecewakan penyokong dengan pencapaian dalam dan luar padang.

Kelab berpangkalan di selatan tanah air ini telah mengumpul koleksi kemenangan berganda pada setiap kejohanan yang disertai mereka.

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu juga memiliki fasiliti serba lengkap dan barisan pengurusan profesional yang membantu perkembangan skuad tersebut dari peringkat akar umbi hingga peringat senior.

Maka, tidak hairanlah sekiranya JDT dijadikan model bagi kelab-kelab liga Malaysia lain untuk mencapai standard yang sama sekali gus merancakkan lagi persaingan dalam arena bola sepak negara.

Berikut merupakan beberapa kelab yang dijangka mengikut jejak JDT.

Norizam memiliki misi jangka panjang untuk TRW. — Facebook/ TRW

1. Kelantan FC

Perubahan positif berlaku kepada skuad The Red Warriors (TRW) sejak pemilikannya berubah tangan ke pelabur dari Johor, Norizam Tukiman pada tahun 2020.

Pasukan yang sebelum ini bergelut dengan isu kewangan dan tunggakan gaji seakan-akan mengubah nasib mereka sendiri dengan kehadiran usahawan yang cukup terkemuka itu.

Pendekatan secara berhemah dan berhati-hati diambil pemilik Kelantan FC bagi memastikan kemelut yang pernah dihadapi tidak akan berulang kembali.

Namun, ia jelas membuahkan hasil apabila mereka berjaya muncul sebagai sebuah pasukan yang mencabar kejuaraan Liga Perdana dengan menduduki tempat kedua liga.

Perubahan struktur dalam Liga Malaysia pada tahun depan membuka ruang kepada Kelantan FC untuk meningkatkan lagi strategi agar dapat berakhir dalam lima kelompok teratas Liga Super.

Perak berjaya menyambar jurulatih paling hangat. — Facebook/ PerakFC

2. Perak FC

Keseriusan Perak FC untuk kembali megah di dalam arena Liga Malaysia terbukti apabila melantik ketua jurulatih sensasi, Lim Teong Kim (LTK) bagi memimpin skuad mereka pada musim depan.

Misi utama LTK pada musim hadapan adalah menaikkan kedudukan pasukan yang kini terdampar di hampir dasar Liga Perdana dengan merekodkan 11 kekalahan dan hanya tujuh mata diraih.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi memberi kepercayaan penuh kepada LTK untuk memilih pemain-pemain yang bersesuaian dengan corak kejurulatihannya agar misi tersebut berjaya dicapai.

Tahun ini sahaja, Perak FC telah mengharungi detik hitam apabila dikenakan sekatan pendaftaran pemain daripada FIFA susulan isu tunggakan gaji berjumlah RM1.7 juta yang membelenggu pasukan itu pada awal musim lepas.

The Bos Gaurus juga dipotong sembilan mata secara keseluruhan atas sebab sama musim ini, namun skuad tersebut sudah bersedia untuk meninggalkan nasib malang mereka dan terus membuka lembaran baharu di bawah pemilikan syarikat gergasi telekomunikasi, XOX Berhad.

Jalinan kerjasama antara KDA FC dan Pattani FC dijangka memberi impak positif kepada kedua-dua pasukan. — Facebook/ Kedah FC

3. Kedah FC

Pertukaran status daripada penaung kepada pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC yang dilakukan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dijangka membawa perubahan kepada skuad Sang Kenari pada musim depan.

Langkah yang dibuat itu juga menyaksikan status pasukan itu menjadi swasta sepenuhnya yang membolehkan mereka tidak lagi bergantung kepada dana yang disalurkan kerajaan negeri.

Perkara itu adalah sama seperti yang dilakukan JDT apabila perubahan pemilik menjadi kunci kepada kejayaan sehingga membolehkan mereka kekal di puncak bola sepak tanah air.

Tambah manis lagi buat penyokong Sang Kenari apabila pemilik baharu KDA FC itu mengumumkan akan menjalinkan satu bentuk kerjasama dengan sebuah kelab di Thailand, Pattani FC.

Berkongsi warna pasukan hijau dan kuning, Mohd Daud percaya melalui rangkaian kelab itu mampu erat kerjasama lebih jauh dalam membangunkan bola sepak di Kedah.

Ini bermaksud, pemain-pemain Kedah akan memperoleh pendedahan melalui perlawanan persahabatan bersama bakat-bakat pemain Thailand di Pattani dan secara tidak langsung meningkatkan lagi pengalaman permainan skuad Hijau Kuning.

Kerjasama yang dijalinkan itu juga membolehkan kedua-dua pasukan menerima akses yang lebih baik ketika jendela perpindahan menerusi pinjaman ataupun pertukaran pemain di antara dua kelab itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TMJ ‘gentle’ jawab 3 teka-teki peminat – Sukan

Next Post

Kempunan slot Piala Malaysia 2022, Melaka United boleh lupakan saingan Liga M musim depan jika tak ‘setel’ isu gaji – Sukan

Related Posts