JDT diramal menang mudah final Piala FA, ledakan hatrik Forestieri bakal bergema di SSI – Sukan


SKUAD Johor Darul Takzim (JDT) dijangka peroleh kemenangan mudah dalam pertemuan akhir Piala FA menentang KL City FC pada Sabtu nanti.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, anak-anak buah Estaban Solari dikatakan tidak berdepan masalah untuk membawa trofi kejohanan itu pulang ke negeri terbabit susulan prestasi luar biasa ditampilkan sepanjang musim ini.

Di saingan Liga Super menyaksikan Harimau Selatan masih belum tewas dalam mana-mana perlawanan dengan 17 kemenangan dicatatkan, menyaksikan pasukan itu selesa dengan 51 mata keseluruhan diperoleh setakat ini.

Meskipun ada pihak menganggap pertemuan kali ini bakal menyaksikan sejarah Piala Malaysia 2021 berulang dengan kemenangan memihak kepada KL City, namun majoriti peminat meletakkan kepercayaan terhadap JDT yang dikatakan kuasa besar bola sepak tanah air ketika ini.

Berikut merupakan ramalan daripada tiga wartawan Majoriti iaitu Zikry Marzuki, Rahmi Jumriati Jono dan Nabil Aiman Nor Azwan.

Pemain import JDT, Fernando Forestieri diramal menjaringkan hatrik dalam aksi akhir Piala FA nanti. — Facebook/JDT

Zikry — JDT menang 3-0 di SSI

“Dengan rekod kemenangan 6-1 dimiliki JDT sebelum ini, pasukan Harimau Selatan tidak ada masalah untuk menjuarai Piala FA musim ini.

“Tiga nama yang saya jangkakan mampu menjaringkan gol, Fernando Forestieri, Arif Aiman dan Oscar Arribas dengan hantaran serta gelicikan padu Arif Aiman, jaringan pada awal minit permainan mampu diperoleh JDT.

“KL City tak akan mampu tembusi jaring JDT, tunggu dan lihat sahaja siapa yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama.”

Rahmi — Paulo Josue penyelamat maruah KL City

“JDT akan menang dengan keputusan 4-1, itu jaminan saya dan maruah KL akan diselamatkan dengan satu gol hasil jaringan import Paulo Josue.

“Tambahan pula, sepanjang di bawah kendalian Estaban Solari, Harimau Selatan memang belum pernah tewas lagi dalam saingan Liga Super musim ini, jadi prestasi mereka memang berada di puncak dan akan diteruskan di Piala FA.”

Nabil — Jaringan hatrik Fernando Forestieri

“Saya jamin JDT akan menang bergaya dengan keputusan 5-0 di hadapan penyokong sendiri.

“Fernando Forestieri mesti boleh catatkan nama selaku penjaring hatrik dalam perlawanan itu berbekalkan prestasi cemerlang dia ketika ini, memang KL akan dibolosi mudah kelak.

“Kl City hanya ada dua penyerang yang boleh diharapkan iaitu Romel Morales dan Tchetche Kipre, kalau salah seorang tercedera dalam sesi latihan memang akan mengundang masalah lebih besar kepada pasukan itu.”

Justeru, dengan kelebihan pemain serta sokongan padu dihadapan penyokong sendiri, JDT diramal menang mudah pada pertemuan akhir Piala FA Sabtu nanti.

Ia secara tidak langsung menebus kekalahan di perlawanan akhir Piala Malaysia dua tahun lalu yang menyaksikan Harimau Selatan di bawah kendalian Benjamin Mora tewas 0-2 di tangan skuad Warga Kota. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kogi sebut 2 nama team beri penghargaan, jadi bayangan destinasi seterusnya? – Sukan

Next Post

Masih suam-suam kuku, 3 import ‘lambat panas’ berbanding reputasi sebenar – Sukan

Related Posts