JDT bakal dapat khidmat bekas penyerang Manchester United, Chelsea?

KHABAR angin sedang bertiup kencang mengenai kemungkinan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menandatangani seorang pemain bintang pada jendela perpindahan Liga Super akan datang.

Pemain tersebut merupakan bekas bintang Manchester United dan Chelsea, dan kini bermain untuk kelab Turki, Galatasaray.

Berita perpindahan itu dibangkitkan oleh pemerhati bola sepak tempatan, Juan Budiman menerusi Twitter, yang menyatakan JDT menerima tawaran untuk mendapatkan khidmat penyerang veteran, Radamel Falcao pada musim depan.

ARTIKLE BERKAITAN: “Tak puas hati? Boleh bawa ke mahkamah” – Guardiola sound Klopp

ARTIKLE BERKAITAN: Catat rekod lagi! Azizulhasni harap kejayaannya jadi inspirasi buat atlet, masyarakat

Falcao yang kini berusia 36 tahun, masih menyarung jersi kebangsaannya, Colombia dan bakal menambah sengat jentera serangan skuad Harimau Selatan jika perpindahan itu menjadi kenyataan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia juga pernah mencipta nama di pentas tertinggi bersama pasukan Porto dan juga Atletico Madrid.

Radamel Falcao pernah beraksi untuk banyak kelab termasuk AS Monaco, Porto dan kini Galatasaray.

Seorang lagi penulis sukan, Sivan John menerusi ciapan di Twitter cuba mendapatkan pengesahan daripada wartawan sukan Itali, Fabrizio Romano yang terkenal dengan berita perpindahan pemain.

“@Fabrizio Romano, boleh anda sahkan berita tentang @FALCAO berpindah ke Malaysia untuk bermain dengan @OfficialJohor?” tulisnya.

Bagaimanapun tiada maklum balas diterima daripada Romano tetapi dibalas oleh media sukan nombor satu Turki, Fotomac dalam ciapannya melaporkan bahawa JDT berhasrat untuk mendapatkan khidmat Falcao.

Laporan itu menyebut presiden JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu melakukan perpindahan terbesar liga bola sepak Malaysia.

Namun JDT tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung khabar angin tersebut.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts