‘Jauhi aktiviti atur perlawanan’, 10 tahun lalu KJ dedah punca sukar hapus ‘bookie’ – Sukan


BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pernah memberi amaran keras kepada semua pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang bertanding untuk membanteras segala aktiviti mengatur perlawanan.

Ia berikutan kenyataan dibuat bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan bahawa terdapat aktiviti mengatur perlawanan berlaku dalam saingan Piala Malaysia 2013.

Sehubungan itu, Khairy menggesa kesemua persatuan bola sepak negeri untuk menubuhkan jawatankuasa integriti bagi membantu membendung aktiviti mengatur perlawanan dengan segera.

Khairy menteri pertama dalam negara menyertai Sukan SEA pada 2017.

Malah ketika itu, Khairy tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap setiap persatuan bola sepak negeri jika mereka masih gagal berbuat demikian.

“Saya bertanyakan kepada mereka (persatuan bola sepak negeri) dengan baik ketika bertemu tiga bulan lalu, tetapi masih ada yang enggan berbuat demikian.

“Saya beri mereka tempoh sebulan lagi untuk menubuhkan jawatankuasa mereka, jika tidak saya berhak mengambil tindakan melalui pesuruhjaya sukan,” katanya.

Bukan itu sahaja, 10 tahun lalu Khairy juga mendedahkan sukarnya untuk menghapuskan aktiviti ‘bookie’ ini kerana pemain tidak berani tampil ke hadapan dan bertindak sebagai pemberi maklumat.

“Ia kerana mereka tidak pasti tentang perlindungan undang-undang yang tersedia untuk mereka.

“Ada pemain memberitahu saya bahawa mereka takut untuk melangkah ke hadapan kerana mereka takut dipukul oleh bookie dan keluarga mereka boleh diancam.

“Dengan adanya jawatankuasa ini ia boleh membantu dalam usaha membendung aktiviti mengatur perlawanan dengan menerangkan kepada mereka (pemain) perlindungan yang ada, dan saya berharap pihak polis, juga boleh meningkatkan tindakan mereka terhadap bookie,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Belum tiba masanya? Hong Wan, Damien Lim berdepan 3 kekangan sarung jersi Harimau Malaya – Sukan

Next Post

Ketahui 3 faktor kenapa peledak import lambat panas sebelum ‘meletup’ di Liga M – Sukan

Related Posts