Jatuh bangkit semula! Aksi dramatik Shah Firdaus iringi Azizulhasni ke suku akhir acara keirin!

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini selangkah semakin hampir untuk memenangi pingat di Olimpik Tokyo selepas melepasi pusingan pertama acara kegemarannya keirin hari ini.

Atlet yang digelar The Pocket Rocketman itu mendapat tempat pertama di heat pertama pusingan ketiiga.

Manakala pelumba muda negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula berjaya mengatasi kesakitan yang dialaminya untuk melangkah ke suku akhir setelah memenangi tempat kedua repechage.

Pelumba terbabit terjatuh pada pusingan pertama heat 2 setelah diasak seorang lagi pelumba dan mengalami kecederaan pada rusuknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Azizulhasni yang merupakan pemenang pingat gangsa keirin di Rio 2016 sebelum ini tersingkir dalam acara pecut namun beliau melihat situasi tersebut sebagai satu kelebihan kepadanya terutamanya bagi mendapat rehat secukupnya sebelum kembali beraksi di Velodrome Izu.

Ini merupakan penampilan Olimpik keempat Azizulhasni sejak edisi sejak edisi Beijing 2008 dan penampilan pertama Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Olimpik Tokyo paling mahal… kos yang digunakan boleh bina 1,200 sekolah, 300 hospital

Next Post

Shah Firdaus dikejarkan ke hospital, mungkin alami patah rusuk

Related Posts