Jaringan kelas dunia, ini 5 gol tercantik Liga Super pilihan peminat – Sukan

JARINGAN gol jarak jauh penyerang Negeri Sembilan FC (NSFC), Sean Eugene Selvaraj ketika menentang Selangor FC pada Ahad lalu bukan sahaja menjadi buah mulut penyokong bola sepak tempatan, bahkan turut memukau peminat antarabangsa.

Aksi Sean itu mencuri perhatian Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), apabila jaringannya tersenarai antara pemain seluruh dunia yang menjaringkan gol tercantik pada minggu ini.

Selain gol yang dijaringkan pemain Sean itu, berikut merupakan lima gol paling cantik dalam saingan Liga Super 2022 setakat ini.

Amri membuktikan dirinya masih relevan dalam kancah bola sepak tempatan. — Facebook

1) Amri Yahyah (Sabah FC)

Tonggak pasukan Sang Badak itu membuahkan lima gol bersama Sabah FC setakat ini. Namun gol yang dicipta ketika pertemuan dengan Melaka United pada 31 Julai lalu mendapat perhatian luar biasa.

Pemain berpengalaman yang dimasukkan pada babak kedua perlawanan berjaya meledakkan jaringan menerusi percubaan separa voli cantik dalam kawasan penalti setelah menerima hantaran lintang Alto Linus pada minit ke-65.

Ia sekali gus membuktikan biarpun sering dilabel ‘kuda tua’, pemain berusia 41 tahun itu masih relevan dalam kancah bola sepak tempatan.

Safawi mencetak dua gol menerusi lapan penampilan dalam saingan Liga Super setakat ini.

2) Safawi Rasid (JDT)

Meskipun jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Johor Darul Takzim (JDT), Safawi membuktikan dirinya masih berbisa.

Pemain sayap Harimau Selatan itu sudah mencetak dua gol menerusi lapan penampilan dalam saingan Liga Super setakat ini.

Jaringan Safawi ketika membantu pasukan itu membenam KL City pada 1 Ogos lalu cukup bergaya dan menjadi antara gol tercantik buat masa ini.

Pemain berusia 25 tahun itu cemerlang meletakkan dirinya dalam posisi yang baik untuk menerima hantaran daripada Afiq Fazail.

Dia yang tidak dikawal oleh pemain KL City kemudiannya membuat satu percubaan top corner dari luar kotak penalti sebelum rembatan kencang itu menewaskan penjaga gol, Kevin Mendoza.

Jaringan Rodriguez membantu Pahang menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 di dalam aksi Liga Super pada 1 Ogos lalu.

3) Steven Rodriguez (Sri Pahang FC)

Gol lambung daripada import Pahang itu berjaya memerangkap penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal yang meluru keluar untuk cuba menyelamatkan keadaan.

Rodriguez kemudian sekali lagi meledak gol kedua hasil rembatan deras bola lantun yang ditepis Ifwat selepas menggagal percubaan Hidalgo.

Jaringan pemain berusia 24 tahun itu sekali gus membantu skuad Tok Gajah menewaskan Kedah Darul Aman FC dengan jaringan 2-0 di dalam aksi Liga Super pada 1 Ogos lalu.

Penyerang berasal dari Colombia itu didatangkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia. Dia sudah mencetak tiga gol bersama Sri Pahang FC.

Untuk rekod, Rodriguez dibawa masuk menggantikan Za’tara, secara pinjaman selama enam bulan dari kelab Divisyen Satu Colombia, Independiente Medellin. Ia merupakan aksi pertama buat beliau di Asia.

Nor Azizi ​​​ tersenarai sebagai penjaring dengan gol tercantik pilihan penyokong. — Facebook

4) Nor Azizi Ramlee (Sarawak United FC)

Rembatan pemain berusia 26 tahun itu ketika aksi Sarawak United FC menentang Penang FC pada 31 Julai lepas tersenarai sebagai antara gol cantik pilihan penyokong.

Gol seawal minit ke-5 melalui tendangan padu Nor Aziz itu dirasakan antara jaringan menarik bertaraf dunia.

Meskipun hanya mencipta satu jaringan sepanjang tujuh penampilan di Liga Super setakat ini, Nor Azizi memiliki masih memiliki masa perjalanan yang jauh untuk mempertajamkan lagi skil serangannya.

Lucas meraikan gol penyamaan semasa menentang Sarawak United pada 31 Julai lalu. — MFL

5) Lucas da Silva (Penang FC)

Pemain import Penang FC itu berpeluang menjaringkan gol memukau semasa menentang Sarawak United pada 31 Julai lalu.

Jaringan menerusi satu sepakan akrobatik itu menggamatkan Stadium Bandaraya Pulau Pinang dengan sorakan penyokong.

Selain aksi bicycle-kick Lucas, penyerang Sabah FC, Baddrol Bakhtiar juga antara penjaring Liga Super 2022 yang menyudahkan salah satu daripada tiga gol dengan hantaran akrobatik.

Kapten The Rhinos itu melakukan sepakan gunting untuk memastikan kejayaan pasukannya ketika menewaskan Penang FC 4-2 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 17 Mei lepas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiket The International DOTA 2 boleh dibeli mulai 13 Ogos – Sukan

Next Post

Kembali pamer belang, ketahui 5 pemain cukup menyerlah sebagai pemain pinjaman – Sukan

Related Posts