Jarang tak padu, ketahui 4 import cukup ‘meletup’ lepas jendela perpindahan kedua – Sukan

SEDAR tak sedar, perjalanan bagi saingan Liga Super dan Liga Perdana bagi musim 2022 bakal menghampiri penghujungnya apabila liga sudah memasuki perlawanan yang ke 16 dalam minggu ini.

Ketika jendela perpindahan kedua pada Jun lepas, banyak pasukan mengambil peluang untuk memperbaiki segala aspek dalam skuad masing-masing bagi mengharungi saingan baki liga.

Sepanjang saingan liga berlangsung, kita disajikan dengan pelbagai aksi menarik daripada pemain setiap kelab terutama sebahagian import yang amat menyerlah di posisi masing-masing.

Ini adalah 4 pemain import menyertai pasukan ketika jendela perpindahan kedua yang dianggap sangat menyerlah bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia (Liga M):

Al-Mardi berjaya menjaringkan enam gol berserta satu bantuan gol dalam kejohanan Piala AFC dan Liga Super. — Agensi

1. Mahmoud Al-Mardi (Kedah Darul Aman FC)

Kelibat pemain kebangsaan Jordan, Mahmoud Al Mardi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) musim ini kian mendapat perhatian para peminat Sang Kenari.

Beraksi cemerlang dengan catatan hatrik ketika menewaskan Visakha FC dalam saingan Piala AFC di Bali, Indonesia, Al-Mardi adalah pemain yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim.

Dalam lapan perlawanan ketika menyarung jersi Kedah, Al-Mardi berjaya menjaringkan enam gol berserta satu bantuan gol dalam kejohanan Piala AFC dan Liga Super.

Gerakan lincah Al-Mardi dalam mengucar-ngacirkan pertahanan lawan sangat menarik dan berbahaya sehingga berjaya menambat hati penyokong Kedah.

Kini pemain kelahiran Jordan itu merupakan aset penting buat skuad Hijau Kuning tambahan lagi sejak kemasukkan pemain sayap tersebut berjaya mengubah corak serangan pasukan Kedah.

Silva tidak menunggu lama untuk menambat hati penyokong Penang FC dengan aksi yang dipamerkannya. — Agensi

2. Lucas Silva (Penang FC)

Lucas Silva menyertai pasukan Penang pada jendela perpindahan kedua bagi menggantikan penyerang import, Casagrande untuk baki saingan musim liga ini.

Walaupun baru sahaja menyertai Penang, Silva tidak menunggu lama untuk menambat hati penyokong Penang FC dengan aksi yang dipamerkannya.

Pemain berusia 32 tahun ini menjaringkan empat gol dalam empat penampilan bersama skuad Harimau Kumbang dan dia juga menjadi individu penting semasa kebangkitan pasukan Penang semasa bertemu Pahang pada peringkat suku akhir Piala FA.

Pengalaman pemain ini di rantau Asia tidak boleh dinafikan apabila pernah mewakili beberapa kelab di Hong Kong seperti South China, Eastern SC, Kitchee dan Tai Po malah pernah beraksi di saingan Piala AFC pada edisi 2019.

Bersama Kitchee, dia pernah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak saingan tertinggi liga Hong Kong untuk dua musim berturut-turut iaitu pada 2017/18 dan 2018/19 yang mana itu merupakan satu pencapaian yang hebat oleh penyerang ini.

Hereda dianggap kereta kebal buat pasukan Kelantan selepas dia berjaya menambah kekuatan di barisan pertahanan dan tengah TRW. — Agensi

3. Felipe Hereda (TRW Kelantan FC)

Felipe Hereda kini menjadi salah seorang pemain import paling disayangi penyokong-penyokong The Red Warriors (TRW) kerana karakter yang dimiliki olehnya sehingga mampu mengubah corak permainan Kelantan.

Hereda pernah beraksi bersama tiga kelab di Brazil iaitu Santo Andre FC, Foz Do Iguacu FC dan Club Sportivo Sergipe (SE) sebelum berhijrah ke Bahrain untuk bersama kelab East Riffa dan Budaiya Club.

Pemain berusia 28 tahun ini dianggap kereta kebal buat pasukan Kelantan selepas dia berjaya menambah kekuatan di barisan pertahanan dan tengah TRW.

Walaupun baru sahaja menyertai TRW pada jendela perpindahan kedua, Hereda berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diatur oleh ketua jurulatih TRW, Rezal Zambry Yahya.

Rodriguez merupakan penjaring terbanyak liga divisyen 2 Colombia dengan rekod 14 gol dalam 16 perlawanan. — Agensi

4. Andres Steven Rodriguez (Sri Pahang FC)

Penyerang dari Colombia ini menjadi rekrut terbaharu Sri Pahang di jendela perpindahan kedua Liga M sehingga tamat saingan Piala Malaysia 2022.

Selepas Datuk Dollah Salleh mengambil alih Sri Pahang, penyerang berusia 23 tahun ini seperti sudah menemui sentuhannya apabila dia berjaya menjaringkan lima gol dan muncul sebagai wira untuk membawa tiga kemenangan berturut-turut pasukan Pahang.

Sebelum ini Rodriguez merupakan penjaring terbanyak liga divisyen 2 Colombia dengan rekod 14 gol dalam 16 perlawanan.

Walaupun ini adalah kali pertama Rodriguez bermain di rantau Asia, tetapi gandingan dia bersama pemain kelahiran Argentina, Manuel Hidalgo nyata membentuk gandingan berbahaya di bawah kendalian Dollah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Sanusi nafi kemerosotan prestasi pemain, jurulatih Kedah sebab kadar gaji – Sukan

Next Post

Semoga kuat, penyokong gusar kecergasan pemain TRW makin merosot – Sukan

Related Posts