Jangan nak terkenal, hancurkan keharmonian rakyat — Chong Wei – Sukan


JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi individu terbaharu tampil memberikan komen berhubung kenyataan rasis bekas atlet negara dalam sukan tersebut baru-baru ini.

Beliau yang juga bekas pemain badminton nombor satu negara itu berkata, sukan seharusnya menjadi platform yang menjunjung prinsip hormat-menghormati dan tidak sepatutnya bertoleransi terhadap sebarang tindakan bersifat perkauman.

“Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.

“Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan. Terima kasih kepada YB (Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh) atas kecerdikan and kepantasan mengendalikan isu ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Isnin yang mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Hannah mengenai isu tersebut.

Pada Ahad, tular satu video membabitkan bekas atlet negara yang mendakwa prestasi kurang memuaskan pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpunca ekoran dominasi orang Melayu dalam badan induk sukan tersebut.

Dalam video yang tidak dapat dipastikan tarik rakamannya itu, individu berkenaan menyalahkan waktu solat orang Islam sebagai punca orang Melayu tidak menguruskan BAM dengan sempurna kerana kerap meninggalkan latihan ataupun pengurusan.

Lebih mengejutkan, atlet terbabit turut mencadangkan agar kaum Cina untuk menguruskan BAM kerana berpendapat kaum tersebut tidak akan membuang masa berbanding orang Melayu.

Dalam kenyataannya pada Isnin, Hannah menegaskan bahawa beliau mengecam sekeras-kerasnya tindakan atlit badminton negara yang memuat naik video berbaur ucapan perkauman dan pertikaian agama.

Hannah menambah, walaupun bekas pemain itu sudah meminta maaf namun beliau masih tidak bersetuju dengan kenyataan individu terbabit.

Dalam pada itu, beliau menambah, hasil semakan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan BAM mendapati atlet berkenaan, Bong Guang Yik merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan tak layak, tapi ada 4 sebab gol Joseph Kalang mustahil ke Anugerah Puskas – Sukan

Next Post

Lee Mason berisiko dipecat gara-gara ‘rompak’ kemenangan Arsenal – Sukan

Related Posts