‘Jangan kalut, slow-slow polish’, bakat muda Perak belum sedia ke Liga Super – NetzKorner


LIGA Super 2023 dengan format baharu yang membuka tirainya 24 Februari lalu menyaksikan sebanyak 14 pasukan berentap.

Ketika ini, Sabah FC menduduki carta teratas apabila memperoleh dua kemenangan daripada kedua-dua perlawanan, mengutip enam mata di samping berjaya menjaringkan tujuh gol.

Mereka diikuti Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT) yang mengutip mata dan jumlah kemenangan sama, namun masing-masing dipisahkan dengan perbezaan gol.

Meskipun masih berada di awal musim, persaingan sengit ini sudah semestinya memberi cabaran kepada 11 pasukan lain, yang harus mencipta corak permainan dan memilih pemain berbeza dalam setiap perlawanan.

Aksi Hakimi, yang juga bekas pemain PKNP FC ketika menentang JDT pada 2019. — Twitter PKNP FC

Ini termasuk Perak FC yang dilihat mula menyerlah pada musim ini apabila dikendali oleh jurulatih terkemuka, Datuk Lim Teong Kim.

Bagaimanapun, di sebalik kebangkitan yang mula direncanakan, jentera serangan The Bos Gaurus (TBG) masih tumpul meskipun beberapa peluang cantik sudah dihidangkan.

Melihat kepada dua perlawanan awal, bekas penyerang JDT, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan pemain import, Christian Obiozor masih bergelut di posisi berkenaan.

Oleh itu, bagi segelintir penyokong Perak FC, mereka mula mengharapkan pihak kejurulatihan mengambil keputusan membawa masuk pemain berusia 22 tahun, Hakimi Mat Isa.

Penyerang muda itu ketika ini mula mencuri perhatian ramai, apabila menjaringkan dua gol ketika bersama skuad Bawah 23 tahun (B-23) Perak FC dalam liga simpanan menentang Kuching City II pada Jumaat.

Aksi Hakimi ketika bersama Perak FC. — Facebook Hakimi Mat Isa

Namun, ada juga yang masih kurang yakin akan kebolehan Hakimi untuk terus dibawa masuk ke dalam kesebelasan utama skuad senior yang bersaing dalam Liga Super.

Azfar Aziz menulis: “Jangan terus serap. Biarlah dia kat bawah. Liga Super ni lain tarafnya. Mereka perform Liga Perdana sekali pun tak setaraf Liga Super. Tengok semalam Kelantan (FC) kena titik. Sebelum itu Kuching City FC. Slow-slow polish ya.”

Tambah Hasrul Rizal:”Bagilah dia peluang lead forward team U23 bagi meletup dulu. Next year boleh serap masuk. Kalut-kalut buat apa??

Perli Mohamad Rizuwan: “Bukan pilihan Teong Kim. Semua orang memang tahu dia kalau dapat bola, bawa bola sampai Tanjung Malim dari Ipoh.”

Perak FC kini berada di tangga kesepuluh dalam Liga Super selepas hanya mengumpul satu mata selepas terikat tanpa jaringan di tangan PDRM FC di tempat lawan dan sebelumnya tewas 0-3 kepada Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

TFC perlu waspada ancaman 3 serangkai KL City – Sukan

Next Post

‘Olimpik takkan tunggu dia’, Chong Wei mahu bantu Tze Yong layakkan diri – Sukan

Related Posts