Jangan dibuai kemenangan, skuad Penyu diingatkan tidak terlalu selesa – Sukan


KETUA jurulatih Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner mengingatkan anak buahnya supaya tidak terus dibuai dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan FC tempoh hari.

Sebaliknya, pengendali kelahiran Croatia itu menasihatkan pemain supaya meningkatkan mutu permainan untuk berdepan Kuching City FC dalam aksi Liga Super pada Ahad.

Steinbruckner berkata, pemain juga perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi meraih kemenangan ketiga berturut-turut sekali gus memperbaiki kedudukan skuad Penyu dalam carta Liga Super.

“Saya sentiasa beritahu pemain supaya kerja keras dan tidak mudah berasa selesa dengan kemenangan lepas.

“Kita mesti sentiasa jaga prestasi,cuba elakkan kesilapan kecil dan tak masuk akal. Selepas menang dua perlawanan, kini kita rasa lebih baik dan yakin untuk menang ke atas Kuching City FC,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Terengganu.

Steinbruckner juga berkata, belum memuktamadkan barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan pada Ahad kerana beberapa tonggak utama berdepan masalah kecederaan.

Bagaimanapun, tiada rombakan besar yang bakal dilakukan kerana beliau berpuas hati dengan aksi dipamerkan skuad yang diturunkan ketika perlawanan menentang Kelantan FC.

“Sony Norde ada masalah kecederaan,hamstring. Saya tak pasti sama ada beliau boleh bermain esok.

“Bagaimanapun, perkara paling penting semua pemain sudah bersedia untuk bermain dan kami bagus sebagai satu pasukan,” katanya.

Menurutnya sikap mementingkan diri akan merugikan pasukan dan menghampakan harapan penyokong yang inginkan kemenangan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tonggak Sang Kenari bersemangat ‘all-out’ sekat rekod cemerlang JDT – Sukan

Next Post

Dikecam lupa jasa sifu, selain Arif Aiman, 3 pemain ini pernah jadi anak didik Teong Kim – Sukan

Related Posts