Jailton Paraiba antara 4 nama disebut bakal tundukkan Sang Penyu di Likas – Sukan


WALAUPUN aksi perlawanan saingan Liga Super ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Sukan SEA Kemboja 2023 namun ia bukan penghalang kepada setiap pasukan melakukan persiapan rapi sebelum kempen liga bersambung semula.

Sudah pasti semua pengendali pasukan menjalankan sesi latihan dengan penuh bersemangat terutamanya dari segi mental dan fizikal kerana membawa misi mencetak gol di gawang pihak lawan atau halaman sendiri.

Tidak ketinggalan juga dengan pasukan Sabah FC yang mana turut memberikan kerjasama padu dalam sesi latihan untuk menanti kedatangan pelawat iaitu skuad Terengganu FC (TFC) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 19 Mei ini.

Menjelang aksi getir itu, penyokong sudah pastinya berharapkan Datuk Ong Kim Swee mempunyai resepi untuk mengekalkan momentum kemenangan di tempat sendiri, sekali gus merapatkan jurang dengan tiga pasukan teratas liga.

Bagi ‘ekor’ Sang Badak, mereka berharapkan empat nama dapat diturunkan dalam aksi menentang Sang Penyu kerana berasakan pemain-pemain tersebut mampu memberikan tekanan kepada pihak lawan.

Tae-su mempunyai misi untuk meranapkan Sang Penyu.

1. Park Tae-su

Pemain import Sabah FC, Park Tae-su atau ‘Karim’ nama jolokan yang diberikan sememangnya, cukup dikenali dalam bola sepak tanah air terutamanya kalangan penyokong Negeri di Bawah Bayu.

Pemain pertahanan tengah itu dilihat mempamerkan prestasi cemerlang dalam membantu di bahagian bek dan serangan, sekali gus berupaya memberi sumbangan besar kepada pasukan termasuk menjaringkan gol.

Ketangkasan yang ditampilkan oleh pemain berketinggian 1.85 meter itu menjadikan dia sebagai seorang pemain yang digeruni selain mempunyai keupayaan untuk mencetak lima jaringan dalam 10 perlawanan Liga Super.

Jailton mempunyai keupayaan dalam merobek kubu pertahanan TFC.

2. Jailton Paraiba

Pemain import kelahiran Brazil, Jailton Paraiba tidak ketinggalan dalam menampilkan aksi cemerlang sepanjang diturunkan bagi membantu pasukan Sang Badak mendapatkan kemenangan.

Ketangkasan yang dipamerkan oleh pemain sayap itu berjaya memukau para penyokong dengan gaya permainan yang cukup menarik iaitu mampu mencipta ruang untuk rakan sepasukan membuat percubaan gol.

Walaupun memiliki tubuh badan yang kecil namun ia merupakan kelebihan untuk melepasi benteng pertahanan pihak lawan dengan mudah dan pemain berumur 32 tahun itu sudah meledak empat gol pada musim ini.

Saddil dikatakan berkebolehan membolosi gawang pihak lawan.

3. Saddil Ramdani

Pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani dikatakan menyerlah apabila beraksi bersama pasukan Sabah FC sepanjang mengharungi perlawanan Liga Super.

Hal ini kerana, pemain sayap berketinggian 1.72 itu membantu skuad Sang Badak dengan meledak lima gol dalam 11 perlawanan Liga Super selain membantu dua jaringan dan selain membuat satu hantaran bantuan ketika menentang PDRM FC di Stadium Likas.

Khidmat Saddil pastinya diperlukan untuk mematahkan benteng pertahanan Sang Penyu menjelang perlawanan ke-11 Liga Super itu.

Sebagai watak penting dalam membantu jentera serangan The Rhinos.

4. Daniel Ting

Pertahanan sayap Sabah FC, Daniel Ting dikatakan jelmaan Corbin Ong kerana mampu memberi bantuan kepada bahagian serangan walaupun ditugaskan untuk menjaga kubu pertahanan.

Selain itu, pemain kelahiran Cheshire, England itu muncul hero apabila pernah menjaringkan dua gol ketika menentang pelawat iaitu Kelantan FC di halaman sendiri.

Daniel Ting merekodkan empat jaringan setakat 10 penampilan Liga Super dan menjadi individu yang membantu dalam mempertajamkan jentera serangan pasukan The Rhinos.

Oleh itu, pelawat perlu mempersiapkan mental dan fizikal jika ingin bersaing dengan barisan pemain Sang Badak yang pastinya lebih garang untuk mendapatkan tiga mata berharga di laman sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kenapa berdendam sangat?’ Bobie persoal penganjuran rumah terbuka MAM – Sukan

Next Post

Selepas Pak Din, giliran pemain muda Kelantan FC pula kongsi kerinduan main dengan Penang FC – Sukan

Related Posts