Jadi buruan 3 kelab elit EPL, Liverpool enggan lepaskan Keita – Sukan


LIVERPOOL tidak mungkin membenarkan Naby Keita meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan Januari, walaupun ada khabar angin mengaitkan pemain tersebut kini diintai tiga kelab iaitu Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur.

Menurut wartawan sukan Itali, Fabrizio Romano, menerusi kolum Daily Briefing di CaughtOffside’s Substack, perpindahan Alex Oxlade-Chamberlain dan Nat Phillips juga tidak jelas bergantung kepada sama ada kelab itu boleh menggantikan mereka atau tidak.

Musim ini agak mengecewakan untuk Liverpool, jadi pasti ada penyokong yang mahu melihat perubahan dapat dilakukan ke atas The Reds apabila peluang hadir pada pertengahan musim.

Tidak banyak maklumat berhubung perpindahan para pemain dalam Liverpool kerana kelab itu seolah-olah kurang cenderung dalam polisi pertukaran pemain melainkan ia benar-benar pasti mengenainya.

Alex mungkin bakal meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan Januari 2023. — Agensi

Malah sumber rapat dengan Romano juga tidak begitu pasti tentang apa yang akan berlaku dengan Liverpool pada Januari ini, namun dia cuba sehabis baik memberikan kemas kini tentang kemungkinan perpindahan.

“Bagi penjualan pemain, perlu ada usul yang betul. Buat masa ini, masih belum ada rundingan atau bidaan rasmi, jadi semuanya masih samar-samar.

“Saya diberitahu bahawa di sebalik spekulasi perpindahan pemain, mereka tidak merancang untuk mengeluarkan Naby Keita pada Januari seperti yang dikhabarkan,” kata Romano.

“Berhubung Nat Phillips dan Alex Oxlade-Chamberlain, ia bergantung kepada tawaran dan jika kelab berkeupayaan mencari pengganti untuk mereka,” ujarnya.

Keita membuat perpindahan besar dari RB Leipzig apabila Liverpool bersetuju membayar £53 juta (RM283.7 juta) pada 2017 sebelum dia menyertai kelab itu setahun kemudian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ujian getir di Paroi, Brendan Gan titip pesanan penting buat Selangor dan rakan-rakan – Sukan

Next Post

Lebih 3 tonggak utama berada dalam senarai kecederaan Sang Badak — OKS – Sukan

Related Posts