Isu tuntutan maaf Majoriti-FAM selesai – Hamidin

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan memanjangkan isu tuntutan maaf yang dikemukakan portal berita Majoriti kerana menyiarkan artikel dianggap menjejaskan reputasi badan bola sepak negara itu.

Tanpa mengulas panjang lebar mengenainya, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata beliau menganggap perkara itu sudah selesai.

“Isu ini di bawah legal (pihak perundangan) dan dah selesai. Tiada (tindakan lanjut). Semua dah selesai,” katanya ringkas ketika ditemui mStar selepas sidang media laporan bedah siasat prestasi Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2020 di Wisma FAM pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bunuh’ bola sepak? 7 jawapan Presiden FAM buat Teong Kim

ARTIKEL BERKAITAN: Teong Kim kritik… FAM tuntut, Majoriti akur

Pada 29 Disember lalu, Majoriti menyiarkan artikel bertajuk ‘Presiden FAM ‘membunuh bola sepak Malaysia — Teong Kim’ yang menyentuh soal kegagalan skuad Harimau Malaya di kempen Piala AFF Suzuki 2020 dan kepincangan kepimpinan FAM.

Bagaimanapun pada 7 Januari lalu, FAM mengemukakan tuntutan kepada Majoriti supaya memadamkan artikel tersebut, selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pertubuhan berkenaan.

Akur dengan tuntutan itu, Majoriti pada 15 Januari 2022 mengambil pendekatan mengeluarkan permohonan maaf kepada FAM.

Majoriti turut mengeluarkan penjelasan FAM bagi menjawab setiap dakwaan Teong Kim pada Ahad, 16 Januari 2022.

Terdahulu pada sidang medianya, Hamidin menyatakan beliau terbuka menerima kritikan termasuk daripada penyokong.

“Saya tahu banyak netizen dan penyokong yang ada pendapat mereka. Saya juga ada pendapat sendiri.

“Untuk pengetahuan semua, saya baca semua kritikan yang membina tetapi yang berbentuk personal (peribadi), saya biarkan.

“Ini dah jadi lumrah. Mana yang baik saya ambil. Saya pun baru dapat mandat tahun ini untuk buat banyak perkara.

“Saya nak pastikan pasukan Harimau Malaya kembali mengaum,” katanya.

Pada majlis itu juga, FAM mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Kim Pan-Gon dari Korea Selatan yang akan tiba ke negara ini pada pertengahan Februari.

FAM turut mengumumkan peletakan jawatan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi sebagai pengurus pasukan skuad Harimau Malaya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lee Zii Jia guna gambar hitam di Facebook, apa sedang berlaku?

Next Post

Dah 10 tahun bersara, bekas bintang ragbi tiba-tiba hilang tanpa jejak

Related Posts