Isu Moon-sik: Bimbang salah fakta, Hamidin minta MFL dapatkan penjelasan Kelantan – Sukan


KEMELUT dalaman Kelantan FC melibatkan ketua jurulatihnya Choi Moon-sik dan pihak pengurusan kelab dijangka berakhir apabila perkara yang berupaya menjejaskan imej negara itu mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beliau sudah meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung dengan Kelantan FC bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai perkara itu.

“Saya tak nak masuk campur tetapi saya sudah maklum kepada mereka (MFL) bagi mendapatkan penjelasan daripada Kelantan dan melihat apakah isu ini sebenarnya kerana saya tidak mahu tengok dari sudut sosial media takut ada fakta yang salah.

“Jadi kita minta penjelasan dari situ kita akan ambil tindakan susulan tetapi (jika terdapat kesalahan) MFL akan ambil tindakan terlebih dahulu sebagai pengendali Liga Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih FAM 2023 di Wisma FAM, Kelana Jaya di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Meskipun dihimpit dengan dakwaan masalah dalaman, Kelantan tetap fokus mempersiapkan pasukan bagi perlawanan seterusnya menentang Selangr pada Ahad.— Facebook/TRW

Kelantan membuat kejutan apabila merehatkan Moon-sik dan melantik penolong ketua jurulatih Rezal Zambery Yahya sebagai pengendali interim, kurang daripada satu jam sebelum aksi Liga Super menentang Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, Selasa lepas.

Pengendali dari Korea Selatan berusia 52 tahun itu yang menyertai Kelantan pada Januari lepas menjadi jurulatih pertama direhatkan musim ini.

Susulan nasib menimpa Moon-sik, media tempatan melaporkan ejen jurulatih itu membuat beberapa dakwaan negatif terhadap pengurusan The Red Warriors (TRW) di media sosial dan sedia membawa perkara ini ke pengetahuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman kemudian tampil mempertahankan keputusan kelab apabila mendedahkan kekalahan berterusan, kesukaran berkomunikasi antara pemain dan jurulatih dan tiada laporan prestasi menjadi punca Moon-sik direhatkan.

Kelantan kini di posisi kedua tercorot Liga Super dengan mengumpul empat mata selepas hanya meraih satu kemenangan dan seri sekali dalam tujuh perlawanan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ivan Mamut dah terkeluar senarai, kini tinggal penyerang JDT, Perak, Pahang yang belum ‘pecah telur’ untuk 2023 – Sukan

Next Post

Elak era 1995-2010 berulang, Hamidin optimis HM mampu lonjak ke tangga 120 akhir tahun ini – Sukan

Related Posts