Isteri restu, Pawi akhirnya dedah punca berkelana ke Ratchaburi – Sukan

PEMAIN sayap kebangsaan Muhammad Safawi Rasid sanggup melupakan seketika untuk berbulan madu bersama isteri yang juga pelakon Syifa Melvin, bagi memastikan dirinya dapat beraksi pada Piala Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2022.

Muhammad Safawi, yang selamat diijabkabulkan bersama Syifa pada 28 November, berkata, lebih membanggakan isterinya merestui hajatnya selain memberi kata-kata semangat untuk merebut tempat dalam barisan akhir skuad Harimau Malaya, pada kejohanan bola sepak berprestij di Asia Tenggara itu.

“Terima kasih kepada semua yang berikan ucapan (perkahwinan), ini semua menjadi motivasi dan saya bangga pasukan kebangsaan panggil saya kali ini, harap dapat buktikan sesuatu (jika bermain) dalam kejohanan (Piala AFF),” katanya kepada pemberita selepas melapor diri pada sesi latihan di sini, hari ini.

Sekiranya dapat beraksi di Piala AFF kelak, Muhammad Safawi atau lebih dikenali Pawi berharap, dapat menggunakan peluang tersebut untuk memperoleh lebih banyak minit permainan, selepas sering memanaskan bangku simpanan di Johor Darul Takzim (JDT) pada musim 2022.

Mengulas mengenai perpindahannya ke kelab Thailand, Ratchaburi FC pada musim depan, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai misi dalam mengembalikan semula momentumnya, selain berharap mampu membantu kelab baharunya meraih kejayaan.

“Bagi saya corak permainan liga bola sepak Thailand banyak bermain ball possession dan permainan yang laju. Jadi ini mungkin tempat terbaik untuk saya dapatkan momentum, saya tak nak duduk di bangku simpanan lagi,” katanya yang dipinjamkan ke Ratchaburi FC selama setahun.

Pemain kelahiran Terengganu itu pada masa sama berpendapat, dua siri perlawanan antarabangsa Tier 1 bertemu Kemboja dan Maldives, masing-masing pada 9 dan 14 Disember ini, merupakan platform terbaik bagi mengumpul mata, dalam usaha skuad kebangsaan berada di kelompok 125 terbaik bagi ranking FIFA.

Wilkin (tengah) berasa amat berbangga dapat menyarung jersi kebangsaan.

Sementara itu, pemain baharu Stuart Wilkin, merasa amat berbangga kerana telah dipanggil Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon dan berharap untuk membuktikan yang beliau layak untuk pasukan kebangsaan.

“Saya banyak belajar dari Pan-gon dalam tempoh singkat, saya telah menyertai empat sesi setakat ini, tetapi saya dapat faham dengan jelas mengenai jenis permainan bola sepak yang beliau mahu kami mainkan serta peranan saya dalam pasukan.

“Untuk pemain baharu, kami perlu membuka minda sebaik mungkin, bekerja keras dan memastikan untuk mendengar kepada semua taktik yang beliau sedikan untuk kami,” kata pemain tengah Sabah FC itu.

Hanya 23 pemain akan dibawa ke saingan Piala AFF 2022, selepas Pan-gon menilai prestasi pemain pada dua aksi antarabangsa Tier 1 menentang Kemboja dan Maldives.

Pada saingan Piala AFF 2022, skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan B akan bertemu Myanmar di Yangon (21 Disember), Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil (24 Disember), Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan Singapura di Bukit Jalil (3 Januari). — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Habib Haroon pilih TFC, tolak kelab ternama luar negara – Sukan

Next Post

Elak macam di Portugal, Safawi diingat buang rasa selesa, cepat biasakan diri di Ratchaburi – Sukan

Related Posts