Ini perlawanan hidup mati – Zainal Abidin – Sukan


BANGGA dengan prestasi skuad Harimau Kumbang menentang Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di George Town pada Sabtu, pengendali Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan memberikan pujian kepada para pemainnya yang mempamerkan kesungguhan luar biasa.

Dalam aksi di Stadium Bandaraya itu, Penang FC berjaya meraih tiga mata berharga setelah menundukkan skuad The City Boys dengan keputusan 1-0.

Zainal berkata, setiap pemain Penang Fc berkorban walaupun terlepas banyak peluang keemasan. — Facebook/Penang FC

Menurut Zainal, perlawanan itu ibarat soal hidup dan mati pasukannya bagi membangkitkan semangat serta mengembalikan kepercayaan penyokong terhadap prestasi skuad Harimau Kumbang yang kian merosot kebelakangan ini.

“Alhamdulillah (ini perlawanan) hidup dan mati pasukan pada malam ini (Sabtu) dan tidak semestinya masa hidup dan mati sahaja bermain begini, tetapi pemain memberi segala-galanya dan dengan sepenuh hati mereka.

“Tiap-tiap pemain berkorban walaupun kita banyak terlepas peluang keemasan dan ada juga terdapat kelalaian tetapi akhirnya kita dapat menjaringkan gol.

“Kemenangan ini amat penting kerana apabila pasukan down dan berada dalam keadaan tertekan selain memudahkan saya menjalankan pasukan ini pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Hodak mengakui benteng pertahanan dan jentera serangan yang goyah menjadi antara punca pasukan itu mempamerkan aksi kurang memuaskan.

Dalam perkembangan lain, ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak ternyata kecewa dengan aksi terburuk skuad The City Boys setelah ditundukkan Penang FC.

“Saya percaya ini adalah permainan terburuk dalam tempoh dua tahun,” katanya.

“The City Boys turun tanpa dua tonggak, Declan Lambert dan Zhafri Yahya yang kini berada dalam skuad Harimau Malaya bagi kejohanan Piala Raja Thailand 2022.

Jurulatih kelahiran Croatia turut mengakui benteng pertahanan dan jentera serangan yang goyah menjadi antara punca pasukan itu mempamerkan aksi kurang memuaskan.

“Saya fikir kami memasuki permainan dalam keadaan yang teruk. Kami pasukan yang bekerja keras tetapi kami tiada kualiti untuk menang pada Sabtu.

“Setiap perlawanan kalau tidak berada pada tahap (kekuatan pemain) 100 peratus tidak boleh menang. Ini permainan kedua berturut-turut yang kami tidak dapat menang,” ulasnya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MUSA mahu ambil alih Melaka United pada musim depan – Sukan

Next Post

‘I’m watching,’ Legenda Selangor ada pesanan khas buat Tan Cheng Hoe – Sukan

Related Posts