Import Kedah rupanya pernah ‘jinakkan’ Paul Pogba, Samuel Umtiti di Piala Dunia – Sukan


MAHU menjadi pesaing utama Liga Super musim depan, Kedah Darul Aman (KDA) FC antara pasukan yang gigih memburu pemain import baharu dari luar negara.

Seorang daripadanya ialah pemain penyerang dari Ghana, Ebenezer Assifuah yang sebelum ini pernah bemain di Liga Perancis dan menjadi antara pemain yang patut digeruni pasukan lain dalam liga musim depan.

Ini kerana, Assifuah sebelum ini pernah memenangi kasut emas Piala Dunia Bawah 20 tahun ketika mewakili negaranya dalam kejohanan yang diadakan di Turki pada 2013.

Ketika itu, dia menjaringkan enam gol dalam kejohanan tersebut namun negaranya sekadar menduduki tempat ketiga selepas tewas kepada Perancis.

Ebenezer Assifuah bersama kasut emas yang dimenanginya dalam Piala Dunia bawah 20 tahun pada 2013. — Agensi

Di peringkat kumpulan, Assifuah berjaya membawa pasukannya melepasi peringkat kumpulan yang turut dihuni Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Ghana kemudian menewaskan Portugal dan Chile sebelum tiba di peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, hajat Assifuah untuk beraksi di peringkat akhir terkandas selepas tewas kepada Perancis yang turut disertai pemain bola sepak terkenal, Paul Pogba.

Walaupun pernah bergelar pemenang kasut emas Piala Dunia, Assifuah mengakui sedih kerana kerjayanya tidak berkembang seperti Pogma dan Samuel Umtiti yang pernah beraksi bersamanya.

“Saya rasa sedih bila melihat pemain seperti Pogba, Umtiti dan yang lain-lain. Ini kerana kami beraksi di atas satu pentas yang sama.

“Bezanya adalah negara mereka sedar kemampuan pemain dan melatih mereka untuk menjadi lebih baik. Malah, kesemuanya masih bermain hingga kini.

“Bagi kami pula, saat kami gagal memenangi kejohanan itu, semuanya sudah tertutup,” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Nilai pemain Liga M ‘bocor’, 3 import baharu jadi tumpuan musim 2023 – Sukan

Next Post

Training pakai jersi TFC, ex-import ‘tak berbaloi’ Sang Kenari masih kekal beraksi di Liga M? – Sukan

Related Posts