Import kacukan Jerman-Filipina dijangka perkuat TRW tengah musim ini – Sukan


KELANTAN FC dijangka menerima suntikan tambahan dengan kehadiran pemain import baharu pada pertengahan musim ini bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan tersebut.

Ura-ura mengenai perkara itu dilihat semakin hampir selepas pemain tenggah berdarah kacukan Jerman-Filipina, Andreas Esswein berkongsikan gambarnya yang dipercayai sedang melakukan latihan dengan jersi latihan skuad The Red Warriors (TRW) di Instagram pada Ahad.

Turut disertakan pada hantaran tersebut adalah emoji yang menggambarkan bahawa dia bakal kembali beraksi dalam masa terdekat.

Berusia 26 tahun, Andreas sebelum ini dilaporkan sudah menyertai Kelantan FC dan terlibat dalam beberapa perlawanan pra-musim.

Namun, kelibatnya dilihat tidak diturunkan bersama pasukan di bawah kendalian Choi Moon-sik setakat lima perlawanan pertama.

Gambar yang dikongsikan Andreas di Instagramnya pada Ahad. — Instagram/AndyCampollo

Status sebenar pemain tengah bertahan itu untuk bermain di Liga Malaysia juga setakat ini masih belum diketahui.

Ini kerana, dikhuatiri pemain itu masih belum didaftarkan untuk beraksi bersama pasukan berdasarkan status yang dipaparkan di laman transfermarkt.

Tambahan lagi, kuota import Asean kelab Pantai Timur itu sudah disi oleh bekas pemain JDT, Carli de Murga.

Pada masa sama, terdapat penyokong menjangkakan Andreas bakal menyertai Kelantan FC semasa tempoh perpindahan musim yang akan dibuka pada Julai ini.

“Rasanya dia akan serta bersama TRW pada pertengahan musim nanti,” ujar Edward Snowden.

Perkembangan itu pastinya bakal menyuntik tonik baharu terhadap pasukan TRW yang kini berada di tangga ke-10 liga.

Skuad TRW ketika ini dilihat sedang bergelut untuk memastikan gawang daripada ditembusi pihak lawan.

Setakat lima perlawanan pertama, Kelantan FC merekodkan sebanyak 13 bolos, iaitu jumlah yang tertinggi dicatatkan pasukan dalam liga.

Disebabkan itu, kehadiran Andreas sebagai pemain tengah bertahan dijangka memperkuatkan dan menstabilan barisan tengah skuad TRW untuk melindungi barisan pertahanan pasukan.

Andreas ketika beraksi bersama United City FC di Liga Filipina. — Instagram/AndyCampollo

Ketika ini, pemain import tengah yang kerap mengisi kesebelasan utama Kelantan FC ialah Mario Arques yang merupakan pemain berusia 31 tahun kelahiran Sepanyol.

Sementara itu, seorang lagi pemain tengah import yang direrut pasukan pada musim ini iaitu Kang Yi-chan hanya membuat satu penampilan bersama skuad.

Andreas memulakan kariernya pada tahun 2014 bersama pasukan bawah-19 tahun SV Waldhof Mannheim 07 yang beraksi di liga divisyen tiga Jerman.

Dia kemudiannya mengembangkan karier profesionalnya dengan beraksi bersama beberapa kelab di Liga Filipina, Global FC dan United City FC sebelum membuat keputusan untuk bersama Kelantan FC pada musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Main tanpa rasa takut formula Azam Azih pamer aksi terbaik bersama Harimau Malaya – Sukan

Next Post

Bintang The Rhinos bakal jadi ‘key player’ HM berdepan Hong Kong – Sukan

Related Posts