Impian jadi realiti, naturalisasi Pahang ikrar tak hampakan Harimau Malaya – Sukan


PIALA AFF 2022 yang dijadualkan pada Disember ini menjadi satu platform terbaik buat skuad Harimau Malaya mempersiapkan diri sebelum kejohanan Piala Asia pada 2023.

Bagi ketua jurulatih, Kim Pan-gon, dia pasti mahu melihat kemampuan anak-anak buahnya beraksi di samping pasukan Asia Tenggara dengan melakukan pemilihan awal.

Namun, berdasarkan skuad akhir yang diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pengendali kelahiran Korea Selatan itu didapati melakukan percaturan berisiko.

Selain dilihat tidak membawa beberapa tonggak pasukan, seperti Arif Aiman Hanapi dan Corbin Ong, skuad kebangsaan dibarisi beberapa pemain yang jarang diberi peluang.

Antara wajah-wajah baharu yang dipanggil Pan-gon ialah pemain muda Johor Darul Takzim (JDT), Ramadhan Saifullah serta penjaga gawang muda Kuala Lumpur (KL) City FC, Azri Ghani.

Beberapa wajah baharu dibawa masuk Pan-gon untuk mengharungi kempen Piala AFF 2022. — FAM

Tidak cukup dengan itu, skuad Piala AFF turut menampilkan beberapa pemain untuk membuat penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan, termasuk pemain naturalisasi baharu negara, Sergio Aguero.

Kegagalan Sri Pahang FC dalam membuat perancangan lebih awal menyaksikan pemain kelahiran Argentina itu tidak dapat didaftarkan untuk beraksi ketika saingan Liga Super musim ini.

Perkara itu semestinya menyekat sentuhan serta kebolehannya di padang, yang mana turut dirasai skuad Tok Gajah apabila mengharungi satu kempen mengecewakan.

Tetapi bagi Pan-gon, hal itu tidak menjejaskan kepercayaannya kepada Aguero untuk memberinya peluang menyarung jersi Harimau Malaya buat pertama kali dalam kariernya.

“Ia merupakan salah satu momen terbaik dan terindah dalam hidup saya, sesiapa sahaja yang mengenali saya pasti tahu bahawa saya sering bekerja keras.

“Sejak memperolehi status kewarganegaraan Ogos lalu, sudah tentu menjadi salah satu cita-cita buat saya untuk beraksi dalam pasukan kebangsaan,” katanya kepada Majoriti.

Kali terakhir pemain berusia 28 tahun itu beraksi buat kelabnya adalah ketika aksi kedua pusingan 16 pasukan Piala Malaysia menentang Terengganu FC.

Meskipun tewas dengan agregat 9-3, Aguero menampilkan persembahan terbaik buat pasukan dengan penyokong Tok Gajah jelas merindui sentuhan pemain tersebut di atas padang.

Isu pendaftaran menyebabkan Aguero tidak dapat beraksi dalam skuad Tok Gajah musim ini. — Facebook/Sri Pahang FC

Tambahnya, dia turut berhasrat untuk beraksi dengan sebaik mungkin setiap kali diberikan peluang dengan Piala AFF pada Disember menjadi batu loncatan buatnya.

“Cita-cita saya ialah untuk buat yang terbaik untuk pasukan dan menyumbang. Saya juga berharap skuad Harimau Malaya dapat mara dengan bergaya dalam kejohanan akan datang,” katanya.

Selain mewakili Sri Pahang, Aguero juga pernah beraksi bersama Perak FC dan Melaka United FC, yang mana dia berjaya melonjakkan namanya sepanjang lima tahun.

Pemain dengan susuk tubuh kecil itu dikenali ramai apabila bijak melepasi pertahanan lawan menggunakan kebolehannya dalam melakukan hantaran serta menggelecek bola. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Bismillah…’, Safawi, Syifa mohon urusan dipermudahkan, dapat ‘like’ Benjamin Mora – Sukan

Next Post

Misi tewaskan Wales, England tagih sentuhan bintang Man City – Sukan

Related Posts