‘Ikutkan penyokong, Messi pun dia nak’, Azraai ‘senyapkan’ isu Syafiq Ahmad – Sukan


HANYA gara-gara sekeping gambar Syafiq Ahmad bersama pemilik Kedah Darul Aman (KDA) FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar tersebar di media sosial, timbul khabar angin mengatakan bahawa penyerang itu bakal kembali menyarung jersi Hijau Kuning.

Bukan itu sahaja, pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga pernah memuat naik nama-nama pemain Harimau Selatan dengan posisi masing-masing di Instagram Story miliknya pada awal Januari, namun pemain berusia 27 tahun itu tidak tersenarai dalam formasi berkenaan.

Hantaran itu juga menguatkan lagi ura-ura bahawa Syafiq akan kembali ke bumi Darul Aman, sekali gus melengkapkan senarai pemain skuad Sang Kenari bagi musim 2023.

Terbaharu, pertemuan pemilik TMJ dan Mohd Daud di Ibu Pejabat JDT, Johor pada Khamis membuatkan penyokong menyimpulkan bahawa ia adalah berkaitan status Syafiq Ahmad.

Pertemuan TMJ (kiri) dengan Mohd Daud pada Khamis. — Facebook/JDT

Mengulas isu dan harapan penyokong agar pemain berusia 27 tahun itu, bekas jurulatih legenda skuad Hijau Kuning, Azraai Khor Abdullah berkata, terpulang kepada perbincangan kedua-dua kelab mengenai status Syafiq pada musim depan.

Pengendali yang berjaya membawa Kedah menjulang double treble pada 20117 dan 2008 itu berpendapat bahawa penyokong perlu menghormati keputusan pemilik Kedah sama ada untuk membawa masuk Syafiq ataupun sebaliknya.

“Itu tertakluk kepada kedua-dua pemilik itu nak lepas atau tidak. sama ada dia masuk dalam percaturan Nafuzi Zain ataupun tidak. kenapa nak sibuk?

“Bagi saya ini sangat tidak profesional untuk desak perkara ini. Anda perlu faham dia (Syafiq) ada kontrak, jika kedua-dua dah berbincang, sama ada ada nak loan atau tebus kontrak, biar mereka yang buat,” katanya kepada Majoriti.

Syafiq ketika sesi latihan pramusim bersama skuad Harimau Selatan. — Facebook/JDT

Tambahnya, pihak pengurusan juga perlu melihat kewangan mereka jika ingin membawa masuk pemain seperti Syafiq yang mungkin masih terikat dengan kontrak dengan pasukan Harimau Selatan.

“Netizen ini kepoh. Itu bukan tahap peminat untuk desak. Too much untuk desak. Kena hormat keputusan pemilik.

“Selepas itu kena tengok kewangan atau masalah. Kalau ikut penyokong, Messi pun mereka nak,” jelasnya.

Berbicara mengenai jika Kedah kini mempunyai seorang pemain mirip dengan Syafiq, Azraai Khor menegaskan bahawa tiada siapa boleh menilai perkara itu melainkan pengendali Kedah, Nafuzi Zain.

Pencarian penyerang seperti pemain kelahiran Pulau Pinang itu hanya boleh diputuskan oleh ketua jurulatih dan hanya Nafuzi mempunyai ramuan untuk membentuk penyerang berbisa Kedah.

Untuk rekod, Syafiq dipinjamkan kepada KDA FC dari JDT bagi membantu skuad Sang Kenari menempuh musim lalu namun kembali semula ke pangkuan Harimau Selatan.

Pada masa sama, pemain kebangsaan itu juga pernah bermain bersama skuad Sang Kenari pada musim 2015. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bakat muda berpengalaman Eropah bantu bina ‘squad depth’ Sang Kenari – Sukan

Next Post

Sabah sudah ada pakar ‘free kick’, tapi ada cuba banding dengan Safawi – Sukan

Related Posts