Ikut jejak langkah datuk, cucu Muhammad Ali menang pertarungan profesional pertama melalui TKO

CUCU legenda tinju dunia, Muhammad Ali membuktikan dia mewarisi darah peninju datuknya apabila memenangi perlawanan tinju profesionalnya semalam.

Nico Ali Walsh yang memakai seluar datuknya itu menewaskan lawannya, Jordan Weeks melalui TKO pada pusingan pertama apabila pengadil menghentikan pertarungan selepas 1 minit 49 saat.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Muhammad Ali’ Kemboja Bertarung Untuk Kanak-Kanak Miskin

ARTIKEL BERKAITAN: Guru Matematik jelita buru gelaran juara dalam kejohanan tinju dunia

“Jelas saya amat memikirkan datuk saya. Saya sangat merinduinya. Ini adalah perjalanan yang penuh emosi.

“Beliau (Ali) merupakan peninju terhebat yang pernah ada – mungkin juga orang yang paling hebat. Saya tidak akan pernah memakai seluar ini lagi,” kata Walsh dipetik dari ESPN.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walsh yang bertanding di kelas middleweight merupakan anak kepada Robert Walsh dan Rasheda Ali Walsh, iaitu anak perempuan kepada Muhammad Ali.

Peninju berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak dengan Bob Arum’s Top Rank Boxing pada Jun lalu menjelang pertarungan profesional pertamanya di Oklahoma.

Muhammad Ali, yang diberi jolokan “The Greatest”, meninggal dunia lima tahun lalu pada Jun 2016.

Kehebatannya di dalam gelanggang serta personalitinya yang hebat menjadikan dia sebagai antara seorang individu paling berpengaruh di dunia. – Reuters

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts