Ikut jejak Kedah, penyokong tegar MUFC mahukan sesi dialog – Sukan


MASALAH gaji yang melanda Melaka United FC (MUFC), seolah-olah tiada kesudahan selepas Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengesahkan tunggakan gaji membabitkan skuad Kancil itu sudah mencecah tiga bulan.

Pendedahan PFAM itu membuatkan kelab-kelab penyokong kecewa dan marah kerana menganggap pihak pengurusan berselindung di sebalik perkara tersebut untuk mengelak bertemu dengan para penyokong.

Pentadbir Kelab Penyokong Tegar Melaka United, Rinkashi berkata, pihaknya antara sebahagian kelab penyokong MUFC yang kecewa dengan pengurusan kerana bertindak membekukan dialog bersama penyokong MUFC.

“Apabila tengok kenyataan PFAM kelmarin (Khamis), kita fahamlah kenapa mereka bekukan dialog sebab ada tunggakan gaji pemain rupanya. Jadi kita fahamlah kenapa pengurusan tidak berani berdepan dengan kelab penyokong.

“Dulu pun ada dialog, tapi dengan pengurusan baharu ini tiada maklumat yang diberitahu kepada penyokong. Kita nak bantu pihak pengurusan tapi mereka tak nak bagi kerjasama, macam mana kelab penyokong nak tolong,” katanya.

MUFC pada Jumaat sekali lagi keciciran mata selepas ditewaskan 0-3 oleh skuad Sang Kenari dalam perlawanan di hadapan penyokong sendiri.

Kekalahan itu merupakan kekalahan ketiga berturut-turut selepas ditewaskan Johor Darul Takzim dan Terengganu FC dengan 12 gol dibolosi dalam kesemua perlawanan tersebut.

Sementara itu, mengulas lanjut, Rinkashi berkata, pihak pengurusan perlu mengutamakan gaji pemain kerana kelewatan pembayaran boleh mengganggu mood pemain yang sekali gus memberi impak kepada prestasi mereka di atas padang.

Tunggakan gaji membabitkan skuad Kancil disahkan sudah mencecah tiga bulan. — Facebook

“Apapun pengurusan nak buat, make sure team nak kena cantik, gaji player mau kena bayar. Soal gaji ni mesti akan beri kesan kepada match. Mainlah dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa tapi kalau gaji lambat, ia akan ganggu environment perlawanan,” katanya.

Tambah Rinkashi, sesi dialog antara penyokong dan pengurusan dalam bola sepak salah satu jaringan kerja berpasukan daripada peringkat pengurusan, pemain, peminat, penyokong, dan ultras kerana semua saling memerlukan.

“Jadi apabila pihak pengurusan enggan berdialog dengan fans, kami kecewa sebab sebelum ini diadakan setahun, dua kali malah pernah ada pernah kali pertemuan dengan pengurusan. Namun bagi musim ini, tiada langsung yang buat kami sangat kecewa.

“Jadi kalau tak ada pencerahan daripada pihak pengurusan, macam mana? Sekiranya boleh jumpa pengurusan, memang kami nak bangkitkan isu ni.

“Sekali lagi saya tegaskan, gaji kalau ada masalah, letak player star macam mana pun, tanpa bayaran memang kacau. Player pun manusia…di mana keprihatinan? Oleh itu, kami harap pengurusan buka semula ruang kepada sesi bersemuka bersama kelab penyokong,” jelasnya.

Untuk rekod, sebelum ini, kelab penyokong Kedah juga pernah memohon sesi dialog diadakan dengan pengurusan Kedah Darul Aman (KDA FC) sebagai kesinambungan kepada sesi dialog pertama yang diadakan pada Januari lalu.

Malah gesaan itu turut mendapat perhatian bekas jurulatih kedah, Azraai Khor Abdullah yang membuat teguran terbuka di Facebook menuntut supaya pihak pengurusan Kedah jujur dengan penyokong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penyokong bimbang episod gelap SNBJ berulang lagi, jejas final Piala FA – Sukan

Next Post

Pengguna konsol kecewa, harga PS5 naik mendadak – Sukan

Related Posts