IFC tak hantar permohonan lesen kelab kebangsaan — Yusoff Mahadi – Sukan


PASUKAN beraksi dalam saingan Liga M3 diingatkan supaya tidak mengambil mudah kepentingan mendapatkan lesen kelab kebangsaan yang diwajibkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) jika mereka berhasrat untuk bersaing dalam kancah Liga Super.

Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, ia bagi mengelakkan situasi sama dihadapi Imigresen FC (IFC) yang layak secara merit bermain di liga lebih kompetitif itu selepas menjuarai Liga M3, namun berdepan kekangan memenuhi kriteria ditetapkan.

IFC dinobatkan juara Liga M3 yang kini dikenali Liga Kejuaraan MBSB Bank selepas mengakhiri kempen pada kedudukan teratas dengan mengumpul 55 mata manakala pencabar terdekat KL Rovers 54 mata.

“Pasukan Imigresen ini bergelar juara tapi mereka tak hantar permohonan lesen kelab kebangsaan. Ikutkan mereka sebenarnya dah layak namun isu pelesenan itu antara kriteria lain perlu dipenuhi.

“Ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pasukan yang tidak pernah terfikir untuk menjadi juara dan juga kepada kelab lain. AFL hanya menyediakan platform untuk mereka naik (bersaing di liga tertinggi),” katanya kepada Bernama.

Antara aksi IFC dalam perlawanan Piala FA menentang KL City FC pada April lalu.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program ‘Dare to Dream’ anjuran MBSB Bank bersama kelab Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton Wanderers FC, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

IFC dilaporkan belum memutuskan sama ada mahu menyertai saingan Liga Super musim depan berikutan beberapa faktor perlu diambil kira antaranya melibatkan kewangan dan kemampuan pasukan.

Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, pelbagai seminar turut dilaksanakan bagi menjelaskan kepentingan pelesenan selain berharap pasukan bertanding akan terus cakna berhubung perkara berkenaan.

Mengenai program dianjurkan hari ini (Isnin), beliau memuji langkah MBSB Bank bekerjasama dengan Wolverhampton Wanderers dalam memilih 12 pemain Liga M3 merasai pengalaman berlatih bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu di England.

“MBSB memainkan langkah cukup hebat yang awalnya saya tak fikir sampai ke situ mereka bukan sahaja menaja liga bola sepak amatur kebangsaan kita bahkan menaja beberapa pemain berlatih di luar.

“Ia pada masa sama akan melonjakkan potensi pemain-pemain muda kita dalam sukan bola sepak,” katanya.

MBSB Bank yang merupakan penaja utama dan rakan bank rasmi AFL, juga menjadi penaja bersama untuk Liga M4 dan Liga M5 dikendalikan AFL. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Gara-gara ejek penyerang Jeonbuk Hyundai, fans LCS mahu penjaga gol mohon maaf – Sukan

Next Post

[VIDEO] Izzat Zaidi sudah sedar, masih guna alat bantuan pernafasan – Sukan

Related Posts