Ibarat durian runtuh, Bergon bakal sebaris dengan 2 bintang Barcelona – Sukan


SELEPAS penyerang berbisa Johor Darul Takzim (JDT), Bergson Da Silva mendapat perhatian antarabangsa kerana kejayaannya di Liga Malaysia (Liga M), timbul spekulasi mendakwa pemain kelahiran Brazil itu bakal meninggalkan Harimau Selatan.

Baru-baru ini, media antarabangsa termasuk portal Perancis, 20 minutes berkongsi kehebatan rekod purata jaringan Bergson yang melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022.

Selepas liputan tersebut, kebanyakan penyokong sudah mulai membuat spekulasi bahawa pemain yang mencatat purata jaringan tertinggi 1.27 itu akan dibeli oleh kelab luar negara.

Malah, ada yang mendakwa ia juga adalah salah satu strategi pasukan gergasi Liga Super itu untuk memasarkan pemain berusia 31 tahun berkenaan di peringkat Eropah.

Terbaharu, timbul khabar angin mengatakan penjaring terbanyak Liga Super 2022 itu dikatakan akan berhijrah ke kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sharjah FC.

Malah, lebih menarik apabila JDT dikatakan akan memperolah keuntungan besar jika menjual Bergson ke kelab berkenaan dan antara harga yang dikaitkan dengan nilai pemain tersebut ialah RM5.5 juta.

Paco Alcacer bersama Sharjah FC. — Instagram

Tambahan pula, perpindahan Bergson ke kelab gergasi UAE itu juga diibaratkan durian runtuh buat bekas pemain Fortaleza itu kerana peluangnya untuk beraksi bersama dua bekas bintang Barcelona.

Pemenang juara Liga UAE pada 2019 itu kini dibarisi bintang bertaraf dunia iaitu bekas penyerang Barcelona, Paco Alcacer dan juga Miralem Pjanic.

Alcacer mulai berhijrah ke pasukan Sharjah pada musim 2022 selepas menabur berbakti bersama pasukan La Liga, Villareal selama hampir dua musim.

Seperti pemain kebangsaan Sepanyol itu, Pjanic juga dibawa masuk oleh pasukan Sharjah pada musim 2022 bagi menguatkan jentera tengah kelab tersebut.

Miralem Pjanic bersama Sharjah. — Instagram

Oleh itu, ramai yang menganggap bahawa sekiranya Bergson berjaya berhijrah ke Sharjah, dia akan mendapat peluang menimba pengalaman bersama dua pemain berkenaan dan bersaing dalam liga kompetetif.

Sekiranya Bergson menyertai kelab tersebut, dia akan antara pemain termahal yang JDT pernah jual kepada kelab lain. Sebelum ini JDT pernah menjual Juan Martin Lucero dengan nilai AS$2.5 juta (RM10 juta) pada 2017.

Lucero yang bersama JDT selama semusim pada 2016 berpindah ke pasukan utama Mexico iaitu kelab Tijuana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jelajah pramusim Kedah kekal, tahap keselamatan terjamin — Nafuzi Zain – Sukan

Next Post

Man City bakal kena tolak mata, laluan Arsenal bergelar juara makin mudah – Sukan

Related Posts