‘Homework’ Akmal Rizal berhasil, berjaya jinakkan JDT II di Bandaraya – Sukan


PENGENDALI Penang FC Bawah 23 tahun (B23), Akmal Rizal Ahmad Rakhli gembira dengan aksi anak buahnya yang berjaya menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) II 3-2 dalam aksi Piala MFL di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.

Tiga mata yang diraih di laman sendiri itu merapatkan jurang mata di antara Penang FC di tempat kelima (10 mata) dengan JDT II di kedudukan keempat liga (11 mata).

Jaringan dari Idrzuwan Daud seawal minit ketujuh, Shafi Azswad (26′) dan Haleif Hazreil pada penghujung babak kedua cukup memberi senyuman dan tiga mata buat kem skuad Penang B23.

Manakala, jaringan dari JDT II pula dicetak menerusi Adam Farhan pada minit ke-16 dan Daryl Sham pada masa separuh masa kedua.

Menurut Akmal Rizal yang juga bekas pemain Kedah itu, corak permainan pantas yang diterapkan dapat menyekat penguasaan sepenuhnya pasukan pelawat dalam aksi pada Ahad itu.

Akmal Rizal bersama pemainnya selepas mengesahkan kemenangan mereka ke atas JDT II. — Facebook/PenangFC

“Kita tahu JDT akan bermain dengan pantas dan banyak melakukan serangan.

“Kita perlu lakukan aksi lebih pantas daripada mereka oleh itu kita dapat meraih dua gol dalam separuh masa pertama.

“Kemenangan ini memberi satu motivasi terbaik untuk kita harungi enam perlawanan lagi,” katanya memetik laporan dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Manakala pengendali JDT II, Mariano Echeverria menegaskan bahawa pasukannya tidak beraksi begitu baik pada aksi di Bandaraya itu,

“Saya tahu pasukan kami jauh daripada sasaran untuk menang dalam perlawanan malam ini.

“Banyak peluang yang berlaku hari ini tetapi tidak digunakan dengan baik,” katanya.

Pertembungan seterusnya melibatkan aksi Piala MFL kesembilan di antara JDT II dengan PDRM FC II manakala Penang FC II akan bertemu Terengganu FC II.

Kedua-dua perlawanan dijadualkan akan berlangsung pada 10 Jun 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lepas Safawi Rasid, giliran Richard Chin pula nikmati ikan patin tempoyak berjersi Sri Pahang – Sukan

Next Post

Gergasi Merah henyak Sang Kenari antara ramalan 14 pasukan di saingan LS12 – Sukan

Related Posts