Hobin Jang Hobin makin bernafsu, idam kejutan di Piala Malaysia

KEJAYAAN menjulang piala Liga Premier musim ini menjadikan Negeri Sembilan makin bernafsu untuk mencabar diri sendiri di pertandingan Piala Malaysia, selepas ini.

Walaupun menyertai Piala Malaysia dengan status kelab liga divisyen kedua, pengendalinya, K Devan mahu anak buahnya cuba cipta kejutan.

“Kita akan tunjukkan prestasi sebenar dalam Piala Malaysia. Saya pun berharap pemain akan beri fokus untuk Piala Malaysia.

“Memang pasukan dari Liga Super berada di kelas berbeza. Tetapi kita tidak boleh nafikan yang jurang tidak terlalu besar.

“Pemain boleh ambil peluang ini untuk cuba dapatkan kontrak baharu,” katanya selepas tamat perlawanan pada Selasa.

Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan mengesahkan status juara Liga Premier selepas menumpaskan PDRM 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Mengulas lanjut kejayaan pasukannya, Devan jelas puas untuk menghadirkan kejayaan pada musim pertamanya di Negeri Sembilan.

Rombakan drastik yang dilakukan jelas menjadi perjudian paling berbaloi buat Negeri Sembilan dan seluruh pasukan wajar diberikan pujian.

“Kali ini saya datang dengan tanggungjawab besar dan kita perlu buat perubahan rastik. Saya kekalkan tiga pemain dari skuad 2020 dan ini adalah cabaran besar buat pasukan baharu.

“Kami sebuah keluarga yang dibarisi pemain senior berkarakter untuk memimpin pemain muda. Kredit untuk pemain sepanjang musim ini kerana kekal konsisten,” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

“Panggil aku Robert LewanGOLDski!”

Next Post

“Why always me?” Balotelli balas dendam kepada Sergen Yalcin

Related Posts