Hidalgo bangga skuad cilik Sang Kenari, fans desak KDA FC buat kerja kalau tak nak kena sambar JDT – Sukan


SELEPAS aksi membanggakan dalam peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) untuk kategori bawah 12 tahun (B-12).

Pasukan bola sepak Kedah B-12 dinobatkan sebagai juara kejohanan itu selepas menumpaskan seteru utama Perlis B-12 dengan keputusan 1-0 di Johor pada Rabu.

Kedah yang memakai jersi ‘away’ Sang Kenari bermula garang dengan menjaringkan gol seawal minit ketujuh permainan.

Gol yang dijaringkan oleh Muhammad Aizad Asseri itu diraikan sama seperti gaya pemain bintang Kedah, Ifedayo Olusegun ketika dia menerjah gawang pihak lawan .

Sebelum ini Majoriti melaporkan seorang penyerang, Afif Adli Ar Rashid Abdullah berjaya mencuri tumpuan apabila menyelamatkan dua sepakan penalti untuk Sang Kenari ketika bermain sebagai penjaga gol sewaktu bertemu Johor dalam aksi separuh akhir MSSM B-12.

Dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 1-1, kecemerlangan Afif berjaya membawa Kedah ke perlawanan akhir selepas menang penentuan sepakan penalti 4-3.

Komen yang ditinggalkan Hidalgo dalam Instagram.

Meskipun hanya menang dengan keputusan 1-0 ia tetap membanggakan pemain import sensasi Sang Kenari, Manuel Hidalgo yang mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain muda Kedah itu atas kejuaraan itu.

Dalam ruangan komen Instagram Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Hidalgo sempat menulis, “vamos” yang bermaksud ‘ayuh’ dalam Bahasa Melayu.

Baru-baru ini, pemain berusia 24 tahun itu hangat menjadi topik bualan peyokong Harimau Selatan yang mahu melihatnya menyarung jersi berwarna biru dan merah mulai musim depan.

Ia selepas aksi cemerlang yang ditampilkannya ketika membantu Sang Kenari mengikat JDT di Stadium Darul Aman, Kedah pada Sabtu lalu.

Pemain muda Kedah meraikan kemenangan dengan gaya Ifedayo. — Facebook/Akademi Sang Kenari

Penyokong lain pula mahu pihak pengurusan segera melakukan kerja dengan menandatangani pemain-pemain muda Kedah ini dengan kontrak jangka masa panjang.

“Kedah kena ‘sign’ cepat takut pasukan Selatan ambil pula nanti,” kata Piyanz Elmerbuky.

“Padu, harap Kedah jaga elok-elok semua pemain muda ini,” ujar Rustarmizi Mizie.

“Semua tutup aurat, terbaik pemain-pemain Kedah,” luah Aiman Nasir.

“Kedah buat kerja cepat sikit, ‘sign’ Hidalgo dengan pemain-pemain muda ini untuk jangka masa panjang KDA FC,” jelas Ahmd Aqlrz. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] TMJ pernah turun padang bantah keputusan pengadil – Sukan

Next Post

Bakal kembali sebelum ACL, Esteban Solari dedah status semasa Forestieri, Leandro – Sukan

Related Posts