‘He’s the same…’, legenda Kedah puji karakter otai lama, jeneral Sang Badak – Sukan


BAGI penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC), rata-rata mengetahui hubungan akrab di luar padang antara jurulatih double treble, Azraai Khor Abdullah dan pemain legenda Hijau Kuning, Baddrol Bakhtiar.

Walaupun sudah dua musim Baddrol berkelana di Negeri Bawah Bayu, mereka sering bertanya khabar dan berkongsi perkembangan terkini masing-masing.

Perkara tersebut dikongsikan Azraai sendiri ketika pernah dihubungi Majoriti sebelum ini yang memaklumkan, dia sentiasa mengikuti rapat karier pemain tengah itu di Sabah FC.

Kesempatan bersua muka pasti dapat meleraikan rindu yang terbungkam antara Baddrol dan Azraai yang sudah bersara dari bidang kejurulatihan.

“Hilang rasa rindu…dalam perjalanan ke Sabah, jumpa Baddrol di lapangan terbang Pulau Pinang bersama keluarganya yang mahu ke Kota Kinabalu,” tulisnya.

Baddrol dan Azraai bergambar kenangan ketika bertemu di lapangan terbang Pulau Pinang pada Jumaat. — Facebook/ KDA FC

Azraai menyifatkan Baddrol masih memiliki keperibadian yang sama walaupun dia tidak lagi bersama KDA FC.

“He’s the same (Dia masih sama)…humble (rendah diri), polite (bersopan-santun) dan hormat orang,” tulis Azraai di Facebook peribadinya pada Jumaat.

Baddrol yang pernah dijulang sebagai wira double-treble KDA FC merupakan perancang utama dalam padang hingga membawa Lang Merah menjuari trofi Piala Malaysia, Piala FA, serta Liga Super pada 2007 dan 2008.

Sepanjang tempoh beraksi di Kedah, Baddrol melakukan 355 penampilan dan menjaringkan 116 gol daripada posisi pemain tengah.

Menerima jolokan Kapten Marvel, Baddrol juga pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Sedekad sejak 2011 hingga 2020.

Bersama Sabah FC musim ini, kapten pasukan itu berjaya mencetak tiga gol peribadi dan dua bantuan gol menerusi sembilan penampilan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Watak utama Casemiro punca Man United ke Liga Juara-Juara – Sukan

Next Post

Tiga sebab Sang Kenari, The Rhinos patut tawar gaji lumayan pada Miguel Cifuentes – Sukan

Related Posts