Henderson sedia ganti De Gea, kata Mourinho

JOSE Mourinho yakin Dean Henderson sedia menggantikan David de Gea sebagai penjaga gol utama Manchester United.

Henderson mendapat peluang untuk menunjukkan kebolehannya semasa De Gea diberi cuti sempena kelahiran anak pertamanya.

Pemain kelahiran Sepanyol itu bagaimanapun kembali ke pasukan menjelang final Liga Europa.

Dengan Ole Gunnar Solskjaer berdepan dengan keputusan mengenai pilihan pertamanya, untuk penjaga gol bagi kempen 2021-2022, Mourinho menyokong pemain muda itu untuk mengambil alih.

Bercakap kepada Times, bekas pengurus Manchester United itu berkata: “Saya fikir mereka adalah penjaga gol yang baik. Saya tidak fikir mereka penjaga gol yang fenomena atau, dalam kes Dean Henderson, belum fenomena. Apabila saya katakan belum, saya katakan ia akan menjadi.

“Saya bertemu dengannya di (Manchester) United ketika dia masih kecil dan saya selalu ingat dia meminta saya untuk pergi kepada pinjaman (pemain).

“Dia berkata ‘bila saya kembali, saya kembali menjadi No.1’,” katanya.

Henderson menandatangani kontrak lima tahun dengan Manchester United, pada musim panas lalu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bintang Man City Phil Foden dinobatkan pemain muda terbaik PFA

Next Post

Pemain tengah United, Donny van de Beek tidak tersenarai dalam skuad Belanda untuk kempen Euro 2020

Related Posts